سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang mengutuskan Nabi,
diwarisi oleh sahabat,
tertaut oleh ulama,
lahirkanlah dia dari kalangan kami,
agar sampai ayatMu kepada kami
Masanya sudah tiba
pada Entri yang lalu saya ada mengwar-warkan Program Imam muda musim ke 2 sudah mula pencarian..dan sekarang bakal menampilkan 10 finalisnya. Mungkin ramai yang ernanti-nantikan kemunculan 'pemimpin' baru. icon islamik yang bakal lahir selepas lahirnya IM Asyraf, IM hisbur dan 8 orang IM yang lain. dan kini saya (yg agak ketinggalan) mempekenalkan kepada anda semua 10 calon IM...druummm..(drum roll)
Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:
1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.
saingan serumpun.
Seperti yang kalian sahabat-sahabat ketahui, program IM mendapat sambutan diluar jangkaan apabila hampir seluruh nusantara termasuk beberapa negara lain didunia ini, menyambut baik program ini.
dan kelainan kali ini, 2 orang peserta daripada negara jiran kita iaitu Zulfadli Haji Awang,24(brunei) dan Mujahid Suhaimi,20(singapura). ~~~Ya Allah, muda lagi...(n_n)...
ternyata, tanggungjawab menuntut ilmu dan menyampaikan dakwah bukan sahaja terletak pada tangan satu kaum sahaja, malah seluruh dunia..
Bila bersiaran?
Menurut sumber yang jelas, IM musim kedua bakal bersiaran pada 29 april bersamaan dengan hari jumaat, jadi maknanya setiap hari jumaat la.. pada pukul 6.30 iaitu persiapan dan penyampaian khutbah dan taszkirah jumaat yang telah ditugaskan kepada 2 orang yg terpilih. dan pada pukul 9 malam, adalah sesi penilaian para calon.
Format perjalanan program sama seperti IM musim pertama, mungkin lebih mencabar dan lebih menguji para peserta. Mursyid(guru) pun ramai ni..kalau dulu 3 orang termasuk dengan mudir(pengetua) sekarang dah jadi 4 orang.
Jalan Lurus, jangan bengkokkan
Ssedar tidak sedar, program realiti berbentuk keislaman bertambah, bermula dari Akademi Alquran, Akademi Nasyid, Adik-Adikku, Kuiz Sarjana dan yang utama Imam Muda. Semuanya menmbawa penonton kearah satu matlamat yang sama, iaitu mencari mardatillah (keredaan Allah).
Tetapi, dugaan menyertai program realiti seperti ini amatlah tinggi. hal ini kerana mereka berdepan dengan Populariti, kemegahan, ganjaran dan semua mata masyarakat memerhati. Ya mereka mempunya i didikan agama (sbb masuk program agama...) tetapi, diharapkan penganjur tidak 'membengkokkan' jalan mereka, dan harapnya mereka juga istiwamah dalam jalan perjuang mereka yang suci itu, insyaAllah.
“wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu” (suarh Muhammad: 7)
aku suke fakhrul....hehehehe
ReplyDelete@Ahmad Fikrul Hakim B. Shahruddinsbb ama sama ka???
ReplyDelete