Mencari sesuatu?

Friday, 19 August 2011

Adakah kita tidak bersyukur?

Bismillah wa syukrulillah,
Dengan nama Allah ku bermula
Semoga tersentuh jiwa-jiwa,
Untuk bersyukur padanya

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)
Allahuakhbar, adakah kita tergolong dalam orang yang bersyukur atau tidak? antara hikmah bulan ramadhan ini adalah untuk menguji tahap mana manusia bersyukur atas nikmat rezeki yang telah Allah turunkan kepada sekalian manusia. Kenapa Allah suruh kita berpuasa, untuk kita insaf dan bersyukur Allah telah kurniakan rezeki makanan kepada kita sedangkan masih ada manusia yang kelaparan mencari makanan.

Kelaparan
Mengharapkan Bantuan Makanan
Menagih belas kasihan
tidak mampu
Terdesak


Melihat mereka menderita, kelaparan dan kehausan, sedangkan kita hanya disuruh berpuasa pada siang hari, sedangkan mereka 'berpuasa' kadang kala lebih dari sehari.Allahuakbar, jika kita rasakan dugaan berpuasa ini amat berat untuk kita laksanakan, bagaimana dengan mereka disana. apa yang menarik perhatian saya adalah, wanita mereka masih mengekalkan hijab mereka, walaupun negara mereka lebih panas dari Malaysia. Subhanallah.

sekarang mari kita bandingkan rakyat kita ketika ramadhan

banyak pilihan
Mewah!!
Selagi mampu-Gambar hiasan
Sedia Untuk Di'terkam'
Kita mewah bukan, tapi sayangnya ramadhan ini bukanlah dijadikan medan untuk bermuhasabah diri, memperingati saudara-saudara kita yang kelaparan. tetapi menjadi 'pesta makan' kepada yang mampu. walaupun hakikatnya ia berajakan nafsu semata-mata. apa yang lebih menyedihkan kita membazir ketika ber iftar, sedangkan saudara kita disana menagih simpati, lapar.

"Jadi kami ni tak boleh nak makan lah eekk??, kena sama-sama berlapar macam orang kat afrika tu?? ish..dah ada makanan, makan ja la..tak kan nak kufur nikmat kooooott.."(panjangnya kooooot dia..) hehe bukan itu la maksud saya. saya hanya mengajak menghayati satu daripada hikmah berpuasa. tapi tak bermakna kita tidak boleh menikmati nikmat Allah yang kita perolehi. tetapi ingat 
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berlebih-lebihan.”(Al A’raf: 31)

kita sudah memasuki 10 terakhir ramadan, moga2 baki ramadan tahun ini dapat mengisi kekosongan hati-hati kita. gapailah semua hikmah ramadhan, dan hamparkanlah ia pada bulan2 akan datang. insyaAllah sama-sama peroleh berkat.wallahualam

2 comments:

  1. mereka mati kerana kebuluran...
    kita mati kerana terlebih makan..
    MasyaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan