Dengan Nama Allah
yang menjadikan ramadhan itu istimewa
pesta ibadah kepada hambaNya
yang mahu mencari keistimewaan
JIka ini ramadhan terakhirku
alhamdulillah, hari ni (masa tgh tulis ni) hari ke 15 kita berpuasa, kalau ikut kiraan adalah separuh masa kedua dalam bulan ramadhan, dan masuk ke peringkat ketiga daripada 3 peringkat ramadhan, iaitu keampunan dari Allah SWT. sedikit info, hadis mengenainya (3 peringkat ramadan) adalah hadis lemah [rujuk sini].
"jika ini ramadhan terakhir". kalimat ini adalah antara kalimat yang agak popular pada ramadhan kali ini, selalu terpanpang di artikel-artikel majalah, akhbar mahupun blog. bagi saya, ayat ini sahaja sudah membawa makna yang amat mendalam. setuju?? kalo setuju angkat tangan (n_n)/.
dalam penakkulan saya, ayat ini bermaksud, sama ada kita tidak lagi berkesempatan berjumpa dengan ramadhan (meninggal), atau tiada lagi ramadhan selepas ini (kiamat) ataupun tiada lagi istilah ramadhan, kerana belum lagi berpuasa, sudah wujud suasana hari raya (realiti ni..).
dekat radio, sudah mula memainkan lagu2 raya, dekat TV sebelum puasa dah ada iklan promosi hari raya. kalau artis, program2 untuk hari raya dah mulakan rakaman. minda semua fikir raya, hatta ramadhan baru bermula. tak la kata saya tak suka raya, tapi apa salahnya kita celebrate ramadhan sepuasnya dahulu...
Ramadhan bulan tapisan.
ramadhan almubarak, keberkatannya ada 1000 rahsia |
tahu tidak bahawa setiap amalan kita dibulan ini (ramadhan) akan dilipat kali gandakan? tetapi kena ya masih ada jugak yang 'istiqamah' melakukan kemungkaran.setuju tidak kalau saya gelarkan ramadhan ini bulan tapisan.?
eemm..sebab apa saya katakan begitu, dibulan inilah ramai yang ambil kesempatan untuk berubah, tidak kiralah dari buruk ke baik, ataupun dari baik ke lebih baik, harap-harap tidak ada yang dari baik ke buruk. itu dah melanggar adat namanya..hehe
dalam bulan ramadhan, berapa ramai yang menutup auratnya?
- Memang sedia maklum tutp, malah lebih diperkemaskan lagi
- Menutup bersempena dengan menghormati bulan ramadhan, malah berniat untuk kekal menutupnya sampai bila-bila.
- menutup sementara untuk pergi ke bazaar ramadhan atau solat terawih.
- "ish2 buat apa nak hipokrik, kalau bukan ramadhan tak tutup, so 'istiqamah' la tak tutup"
- Memang sedia maklum, solat berjemaah, malah lebih giat lagi.
- bersama-sama mengimarahkan solat jemaah bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, malah berniat untuk kerap berjemaah.
- solat berjemaah bersempena dengan keramaian orang datang untuk solat terutamanya solat terawih.
- "Alaaaa..asalkan solat, dah la..."
jom upgrade ourself! (abaikan angka 12..hehe) |
andai yang terakhir, ia terbaik.
masih tidak dapat melupakan ayat 'jika ramadhan ini yang terakhir bagiku' kerana bagi saya ia memberikan seribu kata makna, hanya hati sahaja yang perlu bertanya kepada iman dan akal, apa maksudnya. mari sama kita berazam, andai kata ini adalah benar-benar ramadhan terakhir kita, kita mahu ia adalah ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, dan ramadhan ini benar-benar memberi seribu satu pengajaran kepada kita wallahualam.
semoga kita tergolong dalam insan seperti termaktub didalam alquran
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA,” (Q.S Al Baqarah, 2:183)sedikit info: mengenai hadis kelebihan solat terawih, para ulama sepakat mengenainya. ianya adalah hadis palsu. hal ini kerana antara sebabnya Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan untuk rujukan artikel [klik sini]
No comments:
Post a Comment