Dengan Nama Allah
Yang mengisrakkan nabi
dibumi suci gelanggang ambia'
Al Aqsa kini menangis
Tersedar dan Tercakar
Pagi tadi, tonton talk show dekat TV Al Hijrah (144 di Astro) Assalamualaikum, satu talkshow yang lebih kearah keislaman, membincnagkan isu2 semasa berkaitan dengan Ummah sejagat serta permasalah dan solusinya dengan tetamu jemputan yang bukan calang-calang.
slot pertama pagi ini adalah temubual bersama wakil NGO AMAN Palestin, berbicara mengenai Hari AlQuds sedunia, Uich?? ada ka hari AlQuds sedunia?? YA!! ADA!! ketika itu hati ku bergetar!! Tertanya, Apa sumbangan Aku untuk Palestin? sedangkan ianya dalah tanggungjawab Ummat? Berapa banyak lagi darah saudara Palestin akan tertumpah, berapa banyak lagi tanah suci itu akan dinodai? Jangan ditanya Itu, persoalan sekarang apa aku sudah kulakan untuk Palestin??
Tercakar jiwa dek kealpaan sendiri, berdarah jiwa melihat kekejaman Israel Laknatullah, lebih parah lagi jiwa2 yang berjuang. Satu kalimat yang aman tertusuk dalam hati ini adalah "KITA BERHUTANG DENGAN UMMAT PALESTIN". Ya Allah!!!!
Hari AlQuds Sedunia. Apakah?
Hari AlQuds sedunia adalah hari memperingati peristiwa pencabulan israel laknatullah terhadap Masjid AlAqsa, ingat tidak peristiwa pembakaran masjid AlAqsa? Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 21hb Ogos 1969. ketika itu, masjid AlAqsa dibakar dengan teruk.Kebakaran tersebut berjaya dilakukan dan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah terbakar iaitu:
- Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid al-Aqsa. Ia adalah masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636.
- Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Ia dibakar untuk menghapuskan tanda pembukaan Al-Quds yang telah dilakukan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187. Mimbar tersebut dibina oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-Quds.
- Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah baratdaya Masjid al-Aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi. Oleh itu, pintu ini dibakar dari luar masjid dan terdapat individu lain yang mambantu Dennis melaksanakannya dengan bantuan zionis yang telah menguasai pintu besar sebelah barat Al-Quds.
Baca artikel mengenai Peristiwa tersebut dan Mengenai Hari Alquds disini:
Kita Berhutang Dengan Rakyat Palestine.
Sambung balik mengenai Hutang Kita pada rakyat Palestine, Wakil Aman malaysia menyatakan, mereka telah mendahulukan jasad dan darah mereka untuk berjuang. Kerana AlQuds adalah tanggung jawab semua Muslim serata dunia untuk mempertahankan. bukan hanya rakyat Palestine. Kata-kata beliau lebih kurang macam ni la:
"Jangan kita anggap duit yang kita masukkan ini adalah sedekah ataupun sumbangan, tapi anggaplah kita berhutang dengan rakyat palestin, kerana merak terlebih dahulu mendahulukan jiwa dan raga mereka mempertahankan bumi palestine, Bagi kami, mempertahankan bumi Palestin adalah satu fardu, dan kami mewakilkan rakyat Malaysia untuk menjalankan kefarduan itu."
jadi apa Perlu kita lakukan? pergi bersama-sama mereka berjihad menumpahkan darah dibumi itu? pernah terbaca satu artikel @ kata-kata.
"Jika mahu berjihad bersama-sama ummat palestin perlu mempunyai keimanan yang kuat, kekuatan mujahadah yang tinggi...."(xingat dah ayat seterusnya)
kalau sahabat-sahabat semua sudah cukup fizikal dan mental dan kuat keimanan, maka bagi saya tiada paksaan. Silakan, namun jika tidak mampu apa yang patut dilakukan?Doa dan Sumbangan.
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
ataupun dengan cara SMS. caranya taip PALESTIN<jarak>nilai wang (RM10,RM5 RM3 RM1) dan Hantarkan ke 39111
kalau ragu-ragu dengan saya boleh ke website AMAN Palestin untuk dapatkan info dan no akaun.
Penutup:Kita Saudara
kenapa perlu aku kisah dengan semua ini??
"Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya). (Muttafaq alaihi)"
wallahualam.
nice post..sye nk mintak izin tok share ape yg awak post nie...tlg halalkan ea..syukran....
ReplyDelete