Mencari sesuatu?

Tuesday, 6 September 2011

kongsi:Lukisan hati dan sebatang Pen

biar hati tak comel asalkan bersih dan suci

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Yang menciptakan hati,
Bagi mereka yang suci hatinya,
Segala Amalannya dijaga.

Assalamualaikum, bro apa macam cuti?
hahaha..cuti sudah habis bro...sekarang masa untuk mulakan semula pembelajaran di universiti. untuk yang baru mula menjejakkan kaki ka alam varsiti, ini menjadi sesuatu yang aman mengujakan. tappiii... yg dah masuk lama ni. alahai..malasnya nak balik...

tapi apa-apa pun reaksi kalian, ingat, kita sekarang sudah sampai masa untuk 'berjihad'
mencari ilmu pengetahuan, buat penuhi dada masing masing. dengan ilmu, kita dapat buat apa yang kita mahu. dan yang paling penting dengan ilmu kita mengenal Allah dan agamanya.

.
sebenarnya untuk entri kali ni, nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai, titik hitam dihati. (sebab tu sub-title kat atas ni hanya '.' ja). dulu saya pernah buat satu entri mengenai hati.tajuk dia hati-hati hati mati. tapi kali ni. cuma nak adaptasikan kes titik hitam dihati dengan kehidupan kita di universiti.tapi sebelum itu, mari kita hayati satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi;

Daripada Abi Hurairah r.a ; Bersabda Rasulullah S.A.W" Sesungguhnya seseorang hamba apabila dia melakukan sesuatu kesalahan maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam; maka apabila dia menarik diri (dari kemaksiatan itu) dan terus beristiqfar dan bertaubat (kepada Allah) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila dia kembali melakukan kesalahan itu maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampailah titik hitam itu memenuhi segala permukaan hatinya ". 
tapi apa kaitan dengan kemasukkan ke universiti? emm.. a'aah eekk?? apa kaitannya? eemm releks2.. nak tau apa kaitannya, jom tengok video ni (walaupun agak panjang[12++minit] tp xsalah kalau kita luangkan masa sekejap kan? hehe, untuk mendapat sebuah jawapan.)



apa yang tertarik bagi saya dalam video ini adalah persoalan yang timbul oleh si ibu, kenapa ada dua titik sahaja. dan jawapan anaknya itu amatlah menyentuh hati. (kena tengok dulu la baru tau).

Selagi mampu...
suka saya nak berkongsi satu pesanan daripada imam Waki' kepada Imam Syafie mengenai ilmu. mungkin dialognya lebih kurang macam ni la kot;
"Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah itu tidak akan sampai kepada orang yang berbuat dosa"
cuba kita adaptasi sains mengenai cahaya, adakah cahaya akan tembus jika sesuatu yang legab. apa yang ada hanyalah bayangan yang wujud daripada cahaya yang terhalang daripanyanya? begitu juga hati yang penuh dengan titik hitam, adakah ada sedikit cahaya Allah yang akan tembus kedalam hati mereka yang banyak membuat dosa.

cuci hati pakai berus gigi?? asalkan ia bersih
lakukanlah
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
maka, saya mengingatkan hati kecil saya ni, beserta hati2 yang terpanggil dengan seruan ini, marilah kita sama-sama cuba sehabis daya, membersihkan hati kita dan memastikan titik hitam dihati kita semakin berkurang, berkuraaang...dan terrruuuuuuussss berkurang (sampai bersih lagi bagus). Jom Cuci hati!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan