Mencari sesuatu?

Sunday 27 November 2011

22 Teka Teki


Dengan Nama Allah
Yang Meninggikan Kalimah
La Ilahailallah, Muhammad Rasulullah
maka Tinggikan Juga Keimananku
seperti Tingginya Kalimat itu

Asalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar sahabat-sahabat NR hari ini, semoga dalam lembayung lindungan rahmat Allah hendaknya, InsyaAllah pada hari ini kita nak main teka teki...
HAH?? teka teki??
YUP!!! teka teki.. sapa pandai dia jawab eekk.. xdapat jawab denda!! haha dah sedia??

01. Sebutkan satu yang tiada duanya,
02. dua yang tiada tiganya,
03. tiga yang tiada empatnya,
04. empat yang tiada limanya,
05. lima yang tiada enamnya,
06. enam yang tiada tujuhnya,
07. tujuh yang tiada delapannya,
08. delapan yang tiada sembilannya,
09. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Ok, macam mana?? dah dapat jawapan?? haha.. sebenarnya ini adalah soalan yang saya petik dari sebuah kisah (tak pasti kisah benar atau tidak) yang mana seorang paderi menanyakan soalan kepada seorang muslim. nak tau apa jawapan si Muslim tu kepada si paderi?

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang
Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis
Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. 
Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang.*[info lanjut]

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan
Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
 Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim
Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita
firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

sebenarnya ini adalah cerita lama yang selalu kita dengar semasa kuliah di surau-surau atau masjid, namun bukan itu yang kita nak ceritakan tetapi nak tunjukkan bahawa setiap perbuatan kita, dan setiap yang terjadi adalah aturan dari Allah...



tapi cerita tekateki antara paderi dengan seorang muslim bukan berakhir disini sahaja, nak tau apa sambungannya?? kena la beli CD, haha...tak..tak..ok2..si mulim itu pulak bertanyakan satu soalan kepada paderi tersebut..
HAH!!?? satu ja?? si paderi soal punya lah banyak... kenapa si muslim tanya satu sahaja?
nak tahu kenapa??
MUSLIM:" Apakah kunci untuk ke syurga??" hah!! jawab..jawab...
PADERI: " Errr...Errr..."
MUSLIM" Errr??? SALAH...!!"
PADERI: " nanti...aku tahu jawapannya.. JAWAPANNYA ADALAH LAA ILAHA ILALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"

(ayat diatas adalah rekaan semata-mata, tetapi mengikut jalan cerita yang sebenar)
Sahabat-sahabat nak tahu apa yang terjadi bila bila si Paderi tu menjawab soalan si Muslim? hah..masa ni kejadianberlaku dihadapan ratusan/ribuan penganut agama kristian (dalam gereja). dan selepas dijawab soalan ini maka SELURUH GEREJA mengucapkan
"LAA ILAHA ILALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"

Allahuakhbar!!!!


[abg Man]>>idea nak post pasai kisah ni terlintas masa seorang junior bertanyakan soalan yang sama dekat group FB, jadi rasanya tak salah saya berkongsi kisah ini juga kan..semoga mendapat manfaat daripadanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan