Mencari sesuatu?

Saturday 26 November 2011

Hijrah kan Hijrah Kita


Hijrah
 Unic
Sejenakku terkenang hijrah gemilang
Terubah dunia gelap menjadi terang
Berguguran airmata tidak ku rasa
Meskipun bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

(chorus)
Biar nafas menjadi lelah
Ku pasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihmu Ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kemenangan
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

Hijrah…

Hijrah kan hijrah kita
Assalamualaikum, hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 1432 Hijrah dan selepas asar ini, bermulalah demensi baru tahun 1433 hijrah. Alhamdulillah, sudah lebih 1433 hijrah Islam tertagak hidup subur dalam dada setiap Muslim. Tak perlu diceritakan sirah penghijrahan keran amasing-masing sudah mengerti kisah tersebut. Namun kenapa hikmah kembara hijrah sukar untuk diamati? (termasuk yg sedang menulis ini) Astaghfirullah

Apa yang kita faham akan hijrah ini adalah 'Perpindahan' dan secara keseluruhan 'Penghijrahan dari sesuatu kepada sesuatu yang lain'dan bila masuk pula dalam aspek kerohanian. Berpindah dari satu yang buruk kepada yang baik, dan dari baik kepada yang lebih baik.
Namun apa yang kita nampak hanyalah inginkan kebaikan untuk masa-masa akan datang... dan semuanya mahukan yang baik sahaja. Pernah terfikir akan keburukan kita?? bukankah kita perlu memperbaiki kekurangan atau keburukan yang dah kita lakukan sebelum ini sebelum kita berazam kepada sesuatu yang baru??.

Hijrah: Muhasabah dan berubah
Saya nak mengajak kita berubah (kita bermaksud dengan saya sekali..ngee ^^) sebe;um kita tanam azam baru untuk kita buat pada tahun baru ini, mari kita bermuhasabah kembali masa silam kita, apakah azam kita yang dahulu sudah sempurna? apakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita? adakah kita cukup persiapan mengahdapi tahun baru? adakah.....??? adakah......?? (isi tempat kosong dengan persoalan sendiri..hehe)

Jadi kalau ada salah satu soalan diatas ada jawapan 'YA' jadi mari kita sama-sama perbetul semua kekurangan itu untuk kita mula menanamkan azam baru untuk dijalankan di tahun baru??

tapi eeerr...eerr.... bukan ka azam tahun baru dibuat pada tahun baru ja?? hari ni dah tahun baru... hhuurrrmm???
hahaha...azam tahun baru bukan macam niat puasa, tak niat tak sah puasa dan  tak boleh puasa. Ini azam, apa benda yang kita nak buat, iltizam kita untuk melakukan sesuatu, jadi bila kita ada target untuk dilakukan maka kita buat la..!!!
Penutup:Hijrah bukan satu sambutan

nak tahu tak kenapa Tahun baru hijrah tak ada main bunga api...tak ada bekumpul kat dataran merdeka, sama jerit2 countdown jam..10...9...8...7.... sebab Allah mahu kita berubah, bukan mahu kita bersuka ria untuk menghadapai masa hadapan, tetapi Bergantung kepadanya bagi mengumpul kekuatan menghadapi tahun berikutnya.
adakah kita mahu palitkan kekotoran pada cermin masa hadapan untuk kita tengok diri kita pada akan datang? atau kita cuci cermin yang pudar, bagi mencerahkan pandangan mata kita melihat masa depan? fikir-fikirkan...

^^ Abg MAn: sy pon nak berhijrah membetulkan kekurangan bagi memantapkan masa depan!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan