Mencari sesuatu?

Thursday 31 March 2011

Diskusi: April Fool untuk si Bodoh!


بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
yang menciptakan hati-hati ini
jagalah hati kami dan saudara kami
jangan ada setitik dosa antara kami
kerana keampunan itu hanya terlaksanan
jika kemaafan darinya.

Tahu atau sengaja tidak tahu
Acap kali menjelang 1 april, bagi mereka-mereka yang sedar akan cuba menjelaskan bahawa menyambut april fool adalah ahram...ya..HARAM...xtahu ka??atau sengaja buat-buat xtahu sebab nak mempermainkan akwan-kawan kita? LUCU? SERONOK? ya seronok la anda melakukan satu kemungkaran.

tapi kenapa ya, walau sekian kali kita menceritakan keburukan april fool, sejarah disebaliknya, pengharamman menyambutnya, namu masih ada juga yang membuat kelakuan bodoh itu, dan pandai pula dia berhujah, "setiap perbuatan berdasarkan niat" Ya Allah, boleh pula dia fikir mcm tu, dia ingat memperbodohkan orang tu suatu perkara yang baik? alasan nak merapatkan ukhuwah? hey Alo2...xkan xdak cara lain selain dari memperbodoh dan mempedajal sahabat baik sendiri come on la sahabat-sahabat sekalian...

Cerita yang sama, INGAT!!
Bagi yang tidak pernah langsung mendengar kisah ini, atau pernah tapi terlupa selepas kepala terhentak di dinding bilik air selepas terpijak sabun mandi, mari kita sama-sama memperingati kisah menyayat hati ini, semoga kita kekal mengetahui FAKTA ini, supaya kita tidak mengagungkannya LAGI.

ehemm..ehem....alkisah....

April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.
Gambar Hiasan
Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu 
sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan 
April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG 
TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!


Cukup, Sudah-sudahlah
wah!!! seronok? sambut april fool?? jika anda seorang yg ISLAM, anda mmg B***H, kenapa saya cakap mcm tu, sebab hanya mereka yg bodh sahaja akan melakukan perbuatan yang dilakukan oleh orang kafir dalam memperbodohkan saudara seagama semasa zaman kegemilangan dahulu.

lubangdhab.jpg
Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Penutup: Saya Muslim Yang Pandai 
ok-ok..sekarang kita check list sekejap;

  1. Sekarang saya dah tahu, april fool ini adalah satu penghinaan kepada agama saya 
  2. sekarang saya tahu yang jika saya memperbodohkan sahabat-sahabat saya, saya sama sahaja dengan golongan KAFIR
  3. Sekarang saya tahu, saya akan menyakiti hati sahabat jika saya memperbodohkan mereka
  4. sekarang saya tahu dosa sesama manusia hanya akan diampunkan Allah jika manusia itu memaafkan
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW, beliau bersabda : Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim)
kalau kita sedar perkara ini, jadi kita antara muslim yang bijak..Setuju? kalau setuju angkat tangan mcm saya (n_n)/
wallahualam....

Abg Man: "Jom Bagi tau kawan-kawan, kita ni muslim yang bijak, sbb kita xsambut April Fool!! yey!"

Tuesday 29 March 2011

Kongsi: Melakar senyuman diwajah nan suci



”Barang siapa mengusap anak yatim, kelak Allah SAW akan mencatatkan baginya atas 
setiap helai rambut yang diusap tangannya dengan sepuluh kebajikan”

Refleksi dari si kecil Mulia
Alhamdulillah, sehari berlalu meninggalkan rumah Anak yatim bait Al Amin, Parit, Perak darul ridzuan, masih terbayang wajah anak-anak yang rindukan belaian kasih sayang. SYAHDU...itu sahaja ayat yang boleh diungkapkan. Jujur sy katakan ini pertama kali saya menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim, dan banyak sungguh pengajaran yang sy dapat dari sini, anak-anak suci ini mengajar saya banya benda.

mereka begitu mesra bila kami datang, SERONOK, itu yang terpancar dari wajah-wajah suci mereka, seperti sudah lama menunggu kehadiran kami, walaupun xpernah pun jumpa sebelum ni, tapi itulah realiti, DAHAGA KASIH SAYANG. dan kami dengan misi, "mengembirakan hati menguntumkan senyuman" cuba sedaya upaya mengembirakan mereka

Anak Yatim Anak yang mulia.
Apa yang saya nak katakan di entri kali bukanlah mengenai kehidupan mereka, tetapi betapa Allah memuliakan anak-anak yatim ini, sehinggakan mereka (anak-anak tatim) termaktub didalam Alquran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Maka adapun anak yatim itu, maka janganlah kamu hinakan ( Ad - Dhuha : 9 )
" Tahukah engkau siapakah orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menolak anak yatim" ( Al Ma'un : 1-2) 

"Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah : "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui".( AlBaqarah : 215) 


Rasulullah juga menegaskan :
 “Aku dan orang yang menyantuni anak yatim akan berada di surga seperti ini.” Nabi SAW bersabda demikian sambil menegakkan jari telunjuk dan jari tengahnya, serta merenggangkan antara keduanya. (HR Bukhari)
 “Barangsiapa di antara kamu Muslimin yang menanggung makan dan minum (memelihara) anak yatim, maka Allah akan memberikan kecukupan penghidupan baginya dan mengharuskan dia masuk surga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak teram,punkan.” (HR Turmudzi dari Sahl bin Sa’ad). 
Bersyukurkah kita? 
Bila saya menjejakkan kaki ke rumah anak yatim, terasa seperti satu persaaan yang selama ini sukar untuk ada dalam jiwa ini tetiba ja muncul, "BERSYUKUR", bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada saya selama ini.


Ya, tidak dapat saya bayangkan betapa kuatnya jiwa2 anak-anak yatim ini mengharungi kehidupan tanpa ibu bapa, tanpa kemudahan, tanpa kesenangan, tanpa kasih sayang. yang mereka ada hanyalah adik beradik yang berlainan darah, dan Abi Ummi yang tiada hubung kait. namun mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada. Kita?


aku ada adik beradik, aku bertengkar, putus saudara, aku ada mak dan ayah, aku derhaka, aku caci maki mereka, aku ada rumah yang besar, aku lari dari rumah mencari kawan2, hidup berpeleseran, buat maksiat. aku ada makanan yang enak2, aku bazirkan, aku maki hamun makanan. Astaghfirullah... nauzubillah. Ya Allah...


penutup:Anak Yatim dilindungi Allah
Nabi Muhammad Anak Yatim, jadi anak-anak yatim yang lain juga sama nasib dengan nabi, jika ada yang menyakiti hati anak-anak yatim ini, dia sama sahaja seperti menyakiti nabi, kerana ALLAH DAN NABI AMAT MENGASIHI ANAK-ANAK YATIM. Cukuplah dengan Azab Allah turunkan kepada Manusia2 yang menyakiti anak-anak yatim ini sebagai pengajaran kepada kita. Jadi berbuat Baiklah, sesunggunya Allah mengasihi Orang-orang yang berbuat kebaikan (maksud ayat)

saya mewakili rumah anak-anak yatim Bait Al Amin dan pertubuhan-pertubah kebajikan yang lain menyeru sahabat-sahabat semua memberikan sumbangan kepada adik-adik kita ini.









We Will Always Miss You Children, May Allah Give You Full Strengths For All Of You To Continue Your Journey Of Live, Don't Be Week With Any Challenger, Because Allah Always With You 

Wallahualam...






Tuesday 22 March 2011

Kongsi: Bergaduh la kalian, sehingga datang waktu itu





Ya Allah,
Aku xberdaya menahan,
api kemarahan mereka,
hanya kau sahaja mampu,
menjiruskan hujan keredaan,
namun jangan kau dedahkan kami
dengan bala bencana yang dasyat,
sedarkanlah kami, pemimpin kami,
agar tidak terjadi bencana yang dasyat.





Wahai Manusia yang berakal,
bertengkarlah kamu sesama sendiri,
agar dapat musuhmu mencari ruang,
bagi memusnahkan peradabanmu.
takkah kau sedar amaran Allah,
tidakkah kau mengambil pengajaran?
dari saudaramu yang lain.
adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?


sampai bila bertikam lidah
sedangkan masalah bertambah-tambah
sampai bila caci mencaci
sedangkan ummat ramai yang mati?


adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?

Hey pemimpinku, kau kami sanjung
namun tunjukkah kamu teladan yang baik?
hey sahabatku, kau sarjana,
namun kenapa tidak mealmbangkan peribadimu?
hey dunia yang hebat
sanggupkah lagi kau tanggung derita?
bersiram air darah?
bermandi jernih air mata?
adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?

hey kamu, marilah kita salng bergaduh,
agar dapat musuh menuduh,
kamu pendusta maha penipu,
membawa bala malapetaka,
maka mudah mereka musnahkan
ISLAM KITA!!
adakah bertelingkah dapat menyelesaikan masalah
atau mengundah bala yang maha dasyat?

ALLAH, KAU MAHA MENDENGAR, LINDUNGI KAMI YA ALLAH!!!!




Saturday 19 March 2011

Diari: Berkembang tapi masih di belakang

Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 sekalian, pertama sekali, jutaan maaf saya nak dahulukan sebab dah lama tak update, kalau sahabat-sahabat perasan la, bulan ni baru 3 post termasuk post ni (nampak sangat maleh nak update) oooppsss... bukan malas la, semenjak masuk semester 2 dekat UPSi ni, terasa sebuk, eermmm sebuk,,, betul la dalam Rasulullah bagitahu:
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
masa, memang susah untuk sy bagitahu betapa susahnya mengatur masa disini, UPSI, bagi saya la. kalau sahabat2 sy xtau, sbb terlalu banyak aktiviti terpasa saya masuk..itu kena pergi..ini kena pergi..kadang2 masa untuk buat assigment pon ntah kemana, tambah pula final Exam dah dekat..Study? Teeeet.... mana nak carik masa...Ya Allah...nampak sangat xpandai atur masa.


Kesusahan itu untuk kesenangan 
tapi Allah bukannya zalim, segala yang dia berikan, dia uji kita, sebenarnya adalah satu bentuk latihan kepada kita, Ya, mungkin ada yang kata, ujian kadang kala menimpa dengan berat sekali, namun kita masih dapat hidup dan perasan atau tidak kita semakin kuat. kalau dalam bahasa mudahnya, kita semakin berpengalaman? setuju?


tired already...adeh3!!!
Analogi dia mcm ni la, kita belajar..belajar punya belajar pastu ada quiz, kita menjawab berdasarkan apa yang kita belajar tu, kalau kita menjawab dengan baik, ini bermakna kita sudah bersedia untuk final exam. dan kalau kita cukup2 makan, maknanya masih banyak yang kita perlu perbaiki, dan kalau terkantoi, bermakna kita ini masih lagi lemah, masih belum cukup bekalan untuk kita bawak pergi ke final exam.


mcm tu la kehidupan, segala yang berlaku depan mata kita ini adalah pelajaran dan pembelajaran yang Allah beri terus kepada kita, sma ada secara tersurat dan tersirat. dan setiap dugaan, cabaraan dan bala bencana itu adalah ujian nya, supaya kita sedar akan apa yang telah berlaku kepada kita, dan final examnya adalah di Akhirat kelak, Subhanallah, Allah itu maha pengasih dan penyanyang, setuju? Angkat tangan mcm saya (n_n)/


Kemana saya pergi?


1-blogger
Alhamdulillah rezeki dari Allah, semenjak saya berkecimpung dalam dunia blog ni, saya sudah rasa mcm kemahiran menulis bertambah, komunikasi baik sikit dari seblumnya dan yang terbaru, orang memberikan kepercayaan kepada saya untuk buatkan mereka blog header, background, manage, dan lagi latest adalah jadi tutor untuk bloger2 baru (kawan2 saya ja pon..hehe) 


tapi betul sya cakap, saya masih lagi usia xsampai setahun dalam dunia blog ini, masa bua blog walking ...tgk blog orang subhanallah, keupayaan mereka mereka dan menghias dan apa yang mereka tulis itu menjadi pembakar semngat kepada saya, huh!! aku berkembang tapi masih dibelakang. orang lain dah lama buat benda mcm ni, aku baru nak start,.tapi xpa..sekurang2 nya dapat ilmu, itu pon dah bersyukur.


design teragung pernh dibuat!!
2-designer
Rentetan dari itu, orang dah mula percayakan keapda saya untuk mereka bentuk Banner, poster, banting baju..segala mcm bentuk reka bentuk yang gunakan PS sy kena buat, first time bekerja dengan PS selama lebih 12 jam sehari, kadang2 tak tidur dibuatnya, dan dari situ saya bertemu dengan Otai2 designer dari UPSi, subhanallah, aku berkembang tapi masih dibelakang, xapa sekurang2 nya aku tidak tinggi diri dan dapat juga pertajamkan lagi skill PS. InsyaAllah.



my crew opps..my team partner n_n


3-Photographer
my beloved camera!!
ni bidang paling baru pernah sy join, sebelum2 ni terlibat secara suka, dengan camera compact yang harga xpernah lebih dari rm400, tapi minat yang tahap cipan gila terhadap kamera n photo, sy sanggup kumpui duit dari zaman matrikulasi, sampai la sekarang ni, sy dah berjaya mendapatkan kamera canon450D, suka2.. dan slepas itu Rezeki Allah sekali lagi, banyak pula jemputan untuk jadi Photographer program2 kat upsi ni, Alhamdulillah, Allah xmahu aku sia2kan usaha kumpui duit (sanggup xmakan tengah hari) untuk aku tajamkan skil ni, dan sy rasa Allah mahu aku gunakan Kamera tu untuk meneliti kekuasaannya dalam penciptaan dunia dan kehidupan, InsyaAllah, 


ni antara hasilnya: 

  1. openday KAB UPSI
  2. OpenDay KZ UPSI
  3. Bukit Larut Camp
  4. eerrr insyaAllah kalau ada rezeki blog khas pasai gambaq ja..:)



Jangan Pernah Mengalah
tapi Allah tidak bagi sy berasa senang dengan apa yang saya dapat dan apa yang saya ada, daripada kelekaan saya menikmati keselesaan yang ada ni, prestasi saya menurun sedikit, buktinya tengokla, bulan 2 dan bulan 3 pya entri, berapa banyak ja berbanding bulan 1 pya...dan ada la lagi personal kes yang Allah dah tunjuk kepada saya bahawa kita tak selamanya di atas, dan tak juga selamanya di bawah, hanya dengan kalimat Allah maha pengasih dan penyayang, jangan sekali2 Mengalah bila ditimpa musibah, ujian Allah itu bukan peyiksaan tapi satu sumber kekuatan, INGAT!!!!
Surah al-Ankabut, yang bermaksud, “Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” 
Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)
 wallahualam



Wednesday 16 March 2011

Diskusi: Kuasa Allah, Siapa Boleh lawan?

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
tuhan maha besar
maha berkuasa atas sesuatu
dengan kekuasaanMu
berikan kami sedikit kekuatan
mengharungi dugaan dariMu



Tika Dinihari-Devotees 

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Kekuasaan Allah, Siapa Berani lawan?
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang amat kuat, 8.9 kalau x silap, disusuli pula dengan tsunami yang memusnahkan hampir semua yang berada dekat dengannya.

itulah kuasa Allah, kita tahu, jepun terkenal dengan teknologi yang canggih, mereka juga digelar negara yang mendahului teknologi, mendahului zaman, kerana suatu ciptaan itu akan wujud di negara ini, namun itu semua kekuasaan manusia, secanggih mana pun sistem yang mereka ada, kuasa Allah tetap tidak dapat dilawan.

Ya mmg bukan kehendak mereka untuk mendapat musibah ini, tetapi mungkin ini satu daripada peringatan kepada mereka dan sudah semestinya kepada sesiapa yang berfikir, ini juga adalah peringatan bagi KITA yang memerhati.

Kesedaran, itu perlu
selepas daripada gempa bumi, satu persatu bala yang datang. tsunami, letupan loji dan selepas ini tidak kita tahu, sebelum ini di australia juga ada gempa, sebelum itu pula ada banjir, letupan gunung berapi. subhanallah, bumi di akhir usia??

ramai yang menegaskan bahawa ini sudah hampir hari kemusnahan, bagaimana ini??
antara tanda hari kiamat adalah kerapnya berlaku gempa

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga berlaku banyak gempa bumi."(HR Bukhari).
kadang-kadang bala bencana yang datang ini atas tindak tanduk, tingkah laku kita juga

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah Asy-Syuura:30) 
Sekarang apa yang patut kita lakukan? saya tinggalkan persoalan itu disini........ 



Ikuti beberapa gambar satelit di beberapa lokasi penting yang terjejas teruk akibat tsunami. Gambar ditaja Geo Eye. Saksikan kerosakan yang dialami oleh Jepun.

KLIK SINI : GeoEye - Japan Before n After Hits By Tsunami
[**gambar boleh di drag kiri n kanan]

Sunday 6 March 2011

Aku Merinduimu...


Aku Merinduimu


Tidak dapat kugambarkan

Rindu yang lahir dari hati ini 

hanya yang mampu tuk kulafazkan

Aku Merinduimu



Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu 
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju




Semakin jauh atau menjauh?
masih ingat lagi x, dulu, mak selalu kejutkan kita dari tidur..kadang2 simbah dengan air..suruh kita bagun siap2 pergi sekolah, mak masakkan sarapan, iron baju sekolah, mak tolong siapkan semua, sampai kadang2 sikat rambut pon mak yang buatkan.hehe rindu saat tu, time tu kita xfikir apa pun, kecuali "nasib baik ada mak".

abah pulak, makan sarapan sekali atas meja, pesan itu, ini, dan saat yang paling dinanti adalah bila not duit seringgit abah hulurkan untuk duit belanja (dulu singgit pon dah lepas kalau nak makan kat kantin). lepas tu abah hantarkan ke sekolah. masa tu pun asyik terfikir "syukur ada abah".

namun semakin kita besar, adakah kita semakin jauh dengan ibu bapa, atau kita yang menjauhi ibu bapa?erm,kalau ikutkan hati, kedua-duanya pon kita xnak lakukan.ada yang berjauhan kerana tanggungjawab kerja, ada yang berjauhan kerana tuntutan ilmu, ada yang berjauhan kerana cinta kepada ilmu.dan janganlah kita menjauhinya kerana benci kepada mereka.

Sejahat mana pun mereka...
kebanyakkan kes terjadi, ramai anak-anak sanggup tinggalkan ibu bapa mereka kerana dulu masa kecik-kecik, mak bapak xberikan apa yang mereka mau. dan bila mereka sudah dewasa, sudah mampu berdiri atas kaki sendiri, ibu bapa ditinggalkan, dan lebih teruk, sesi membalas dendam sang anak pada ibu bapanya.

satu refleksi, sejahat mana pun dia, seteruk mana pun dia, tahukan, yang tanpa Ibu dan bapa, dan rahmat Allah, Kita tiada di dunia ni, jika ibu bapa tidak sayangkan kita, dari kecil lagi dia dah buang kita. wajar x kalau kita yang diasuh, dibesarkan dari kecil oleh ibu bapa yang bersusah payah untuk tu, kita balas dengan keburukan??

suka saya letakkan hadis ini:

"Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Muslim)
"Keredaan Allah bergantung kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan bapa." (Hadis Riwayat: Imam Termizi)
Apa yang patut Aku lakukan? 


satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Kisah itu adalah seperti berikut:

Pada suatu hari sedang Nabi Muhammad berada dalam satu majlis bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salamah. Setelah duduk dan meminta maaf, beliau dengan hormatnya memulakan pertanyaan:


*Ya Rasulullah! Apakah aku masih dapat berbuat baik terhadap kedua ibu bapaku yang telah meninggal? Sewaktu hayat keduanya, aku telah berbuat baik kepadanya sedaya upaya yang mungkin. Aku rasa aku telah melakukan perbuatan yang sepatutnya kepada keduanya. Ini pun sudah menjadi kebaikan bagi mereka. Semoga selalulah Allah kurniakan rahmat ke atas keduanya.*



Sahabat-sahabat yang hadir terdiam mendengar pertanyaan lelaki itu dan mereka ingin mengetahui bagaimana caranya berbuat baik dan menghormati ibu bapa yang sudah meninggal.



Lantas Nabi menjawab: *Ya! Kamu dapat berbuat baik terhadap kedua-duanya iaitu dengan mengerjakan solat (sembahayang) terhadap keduanya di samping meminta ampun kepada Tuhan; melaksanakan wasiat sesudah mereka meninggal dan selalu bersilaturrahim dengan orang-orang yang dilakukannya dahulu dan memuliakan teman-teman keduanya.*



Lelaki yang bertanya itu berterima kasih di atas penjelasan Nabi dan kembali ke rumahnya dengan gembira dan akan terus menghormati serta berbuat baik terhadap orang tuanya yang telah berpulang ke rahmatullah.



Dari kisah di atas, dapatlah dikatakan ibu bapa wajib dihormati, ditaati dan berbuat baik sejak mereka masih hidup hinggalah mereka bersemadi dikuburan.



jelas??hatta ibu bapa yang sudak kembali kerahmatullah sekalipun kita disuruh terus berbakti kepada Ibu bapa. ini  kan yang masih hidup, lagi-lagi lah kita diwajibkan berbakti kepada ibu bapa.


Penutup:Kau juga bakal menjadi
selalu sy terfikir, jika aku rasakan ibu bapa aku jahat, cukup baikkah aku untuk menjadi ibu bapa??
cukup!!! sekarang kita ubah!!! sapa yang sayang dan cinta pada ibu bapa dia akngkat tangan mcm saya!!!(n_n)/

"Barangsiapa membuat sukahati ibu bapanya maka sesungguhnya ia telah menyukakan Allah. Dan barang siapa yang membuatkan ibu bapanya marah maka sesungguhnya ia telah membuat Allah murka." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan