Mencari sesuatu?

Wednesday 9 May 2012

...sesungguhnya ALLAH itu lebih mengetahui...

..السلام عليكم 

Pertama sekali, saya panjatkan setinggi-tinggi keSYUKURan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah jua kurnianya, masih lagi memberi saya peluang untuk mencoret kata-kata semangat dan ingat-ingatan buat kita semua insan yang sentiasa dalam keadaan dhoif lagi hina ini...

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak berkongsi info yang ada serba sedikit pada diri saya ini dengan ‘entum’ semua...(..terasa sedikit sibuk sejak kebelakangan ni..buat apa pon tak tau =] )


>Hakikat hidup di DUNIA...
< Bila mana seseorang manusia itu melakukan pelbagai keBAIKan, Pastinya keBAIKan itu akan sentiasa diingati... Dan apabila beliau melakukan hanya satu keBURUKan, Maka PASTInya akan hilanglah segala keBAIKan yang telah dilakukan... Sebaliknya... Bila mana seseorang manusia itu melakukan pelbagai keBURUKan, Dan dikemudian harinya beliau melakukan keBAIKan dengan penuh keINSAFan, Jarang sekali keBURUKan yang dilakukan akan luput hilang dek keBAIKan yang beliau lakukan... #manusia itu diCIPTAkan tiada SEMPURNA, tetapi bisa mencari keSEMPURNAan# (idea asal : Hassan Al-A’fifi@facebook)






Sesungguhnya ALLAH Ta’ala telah menciptakan kita manusia sebagai hamba-Nya terjadi dengan penuh segala keKURANGan. Tetapi dengan segala kekurangan ini lah tersingkapnya berJUTA hikmah disebaliknya... Apakah kita sedar, dengan wujudnya keKURANGan itu maka kita sebagai manusia biasa akan berasa lebih memerlukan orang lain untuk membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.. Sekiranya kita dijadikan serba sempurna dan tiada cacat cela walaupun sedikit cuma, adakah kalian fikir kita masih berkehendak kepada bantuan orang lain ataupun pertolongan dari Maha Pencipta kita iaitu ALLAH Azza Wa Jalla??

Firman ALLAH s.w.t. yang bermaksud :

'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya).
(Surah al-Hujurat : 13)

wallahu a'lam...(jumpa lagi di lain entry insyaAllah!!)



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan