Mencari sesuatu?

Wednesday 23 May 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga



Assalamualaikum...

Alhamdulillah,
Ada kerisauan dihati..
Macam-macam bermain difikiran..
Jadi, tulis la apa yang nak tulis....

Allah masih memberi kita nikmat yang sering kita lupa iaitu nikmat sihat.
Untuk entri kali ini,
sy ingin berkongsi sedikit isu yang berkaitan dengan muslimat hari ini iaitu ISU TUDUNG
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama-sama, Insya Allah.....

Apa yang pendapat anda dengan tudung??

kenapa dengan tudung??
Tepuk dada tanya IMAN,,
Jangan tanya selera...
Hehex...

Sebabnya, apabila kita melihat di sekeliling kitakan,Ramai sangat muslimah yang bertudung
Alhamdulillah...Ada perubahan..Tapi tudung yang bagaimana sebenarnya yang Islam nak??
Adakah sekadar TUTUP RAMBUT??
Adakah sekadar TUTUP KEPALA?? 

Antara tudung yang menjadi kegilaan kaum wanita terutamanya golongan remaja ialah tudung lilit atau tudung pendek atau lebih dikenali sebagai 'shawl'. Boleh dikatakan rata-rata muslimah menggayakan tudung jenis ini sehinggakan menampakkan dada. Tudung Ariani pun menjadi satu lagi trend masa kini. Kalau kita tengok, tudung Ariani ni jenis yang melekat dan kadang kala nampak bentuk yang tak sepatutnya nampak.

Adakah itu yang dituntut dalam agama? Dalil ada menyebutkan : 
"Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)
Ayat ini menerangkan supaya wanita-wanita beriman melabuhkan tudung sehingga tutup paras dada.
Apa yang nak dikatakan ialah kita sebagai muslimah wajib memakai tudung yang menutupi dada. 
Dan bukan sekadar menutupi dada bahkan tak memperlihatkan segala macam bentuk yang hanya ada pada kaum perempuan sahaja (harap2x faham)

Ada juga yang mengatakan begini :
"ala, at least dia pakai juga tudung(tudung singkat) daripada tak pakai tudung langsung"

"dia kan baru belajar nak pakai tudung, kira ok la tu dia dah mula sedar dan ingin melaksanakan perintah Allah"

"ala, panas la pakai tudung labuh"

"i like fesyen, salah ke i ikut perkembangan dalam pemakaian tudung?"

"Labuh pun tak tentu masuk Syurga" 


Macam-macam lagi yang di perkatakan mengenai pemakaian tudung ni...
Tapi, kita kena ingat bahawa perintah untuk menutup aurat adalah perintah daripada Allah..
Bukan perintah daripada manusia...
Kalau lah, Perintah Allah pun kita berani langgar
Macam mana pula dengan perkara lain..

p/s : Teringat kata-kata ust Kazim, pakai tudung yang mendedahkan bahagian dada dan tak mengikut ketetapan yang telah ditetapkan sama ja hukumnya macam tak pakai tudung......UAI pun selalu pesan dalam ceramah beliau "TAK WAJIB PAKAI TUDUNG TAPI WAJIB TUTUP AURAT"

2 comments:

  1. :)kkdg2 ,, diri sendiri pun ambil mudah benda nie.. perlu diingatkan selalu ..

    ReplyDelete
  2. i like ur post..org kita SANGAT menitikberatkan pemakaian tudung. maksud saya tudung semata-mata. pakai baju ketat, lengan pendek dll xkisah la janji pakai tudung. padahal pakai tudung xwajib, tp tutup aurat yg wajib. pakai la baldi kat kepala tu xpe yg penting tutup aurat. ssh kn kalau mentaliti org kita "ala at least dia pkai tudung." hmm..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan