Mencari sesuatu?

Thursday 26 July 2012

IT: Mahukan Domain percuma untuk Site anda?

Assalamualaikum, Salam ramadan karim semua
rasanya dah lama sangat tak buat ruangan untuk IT, tapi tak apa, itu bukan masalah untuk kembali menulis kan? hehe, jadi untuk ruangan kali ini, kita akan berbicara mengenai domain.

Apa tu Domain? nama baru donut ka?
hehe Bukan la. eemm..Pernah dengar dot com (.com) atau dot net (.net) eemm tak pon dot edu dot my (.edu.my) haha ini untuk sapa yg rajin bukak website universiti la..hehe. Secara kasarnya
domain ni nama site kita, contoh macam blog ini, secerah-nurrahman.blogspot.com, saya memakai domain blogspot. kalau kata saya nak pakai domain sendiri nanti akan jadi la secerah-nurrahman.com ka, atau secerah-nurrahman.my ka...wah..cam hebat la plak kan bunyi dia, YUP!!! memang nampak hebat dan insyaAllah ada banyak kebaikkannya.

Hebat sangat ka ada domain sendiri?
Hebat tak hebat la, tengok ja la sendiri kebanyakkan website atau blog yang pakai domain sendiri, terutamanya dot com (.com) semuanya terkenal, ramai follower, traffic dan ratting tinggi, haaa tak hebat agi ka? tapi hebat pon domain mereka jenis yang berbayar, dan bila berbayar tu adalah kelebihan disebalik bayaran tu. Tapi secara keseluruhannya, bila kita ada domain sendiri, kita bebas untuk buat apa sahaja pada site kita tu, dan secara umumnya domain kita tu senang diingat (asalkan nama yang diletak tu mudah la kan..hehe) dan selalunya kalau dot com ni atau apa pon domain akan mudah dicari di Google terutamanya.

Ok cukup la membebel, jadi mana domain free nya?
Sabar-sabar, kata puasa, jadi banyak-banyak la besabar..hehe. Baiklah, domain percuma ni saya dapat tahu dari website http://www.omghackers.com (tengok, domain dotcom hehe) mengenai satu site yang menyediakan domain percuma atas extension dot ml dot my (.ml.my)

Nak daftar, Ya Allah punya la senang, tak banyak songeh pon. pertama sekali anda perlu layari http://ml.my/ dan hanya perlu daftar, daftar pon senang, tak mintak banyak, hanya username untuk dipanggil namanya, email dan juga password yang akan kita gunakan untuk email ini (ala macam daftar facebook juga la)

Nanti bila dah hantar pendaftaran, anda akan dapat satu email, dan dalam email tu dia akan sertakan sekali dengan satu kod token, ala kira macam anda punya nombor lesen la lebih kurang. Kembali kepada website http://ml.my/. anda log masuk. dan akan keluar macam ni nanti. kalau anda tak tahu nak kemana lepas ini, boleh kkli FAQ kat bawah tu, nanti dia akan guide anda

Kalau anda lihat pada gambar di atas, hanya satu domain sahaja yang boleh di daftar (nama pon percuma, nak banyak-banyak pula) tapi kalau kata anda nak banyak jadi daftar la banyak kali. rasanya boleh kot. jadi selepas daftar macam mana nak ubah nama domain dari blogspot kepada ml.my??



Ok bila anda sudah daftarkan nama domain baru anda di ml.my, sekarang pergi ke blog anda pula. (untuk wordpress saya tak mahir, maaf) untuk blogspot,


  1. pergi kepada setting
  2. dalam setting tu ada bahagian publishing
  3. dalam publishing ada add custom domain
  4. pastu masuk pulak dekat advance stting
  5. masukkan nama domain yang anda dah daftar dari ml.my tadi ke dalam ruangan advance setting. pastikan ada www ye... (^^)
  6. tunggu lama sikit, berkemungkinan dalam 24 jam untuk blogspot berurusan dengan ml.my
  7. nimati domain baru anda!!
  8. Kalau masih tak jelas dengan arahan yang saya tulis boleh pergi ke FAQ google untuk panduan lanjut
Baiklah. Itu serba sedikit la kan. untuk yang berminat boleh cuba. tapi pemberitahuan awal la kan. Disebabkan ini domain free dan hasil buatan malaysia, jadi kelebihannya tak boleh nak bandingkandengan domain yang berbayar ya. jadi kalau mampu belilah domain. rasanya mampu kot kalau bayar <RM50 setahun. Nuffnag dan iklan2 di blog anda kan banyak...mesti lepas punya la nak sara domain sendiri.

Jadi sekian sahaja untuk kali ini
Salah silam harap dimaafi dari hujung rambut sampai hujung kaki
Salam ramadan. Banyakkan Amalan, Tingkatkan ketaqwaan, jangan ketinggalan merebut pahala berganda
InsyaAllah



2 comments:

  1. apsal x boleh pon? dah daftar kt mlmy bile pergi kat blogspot dye tulis cannot verify..

    ReplyDelete
    Replies
    1. em saya pon xpasti..lepas pada blogspot totally upgrade keapda version baru, terus xboleh...
      #saya dah cuba untuk blog saya yg satu agi pon tak boleh jugak..maaf...saya tak dapat kenal pasti sbb apa..cuma setakat ni yang tahu sbb blogspot dah upgrade version

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan