Mencari sesuatu?

Thursday 8 November 2012

IT:Semuanya Sudah Senang (3S)

Assalamualaikum pembuka bicara
Salam pemula diajar agama
Sudah lama tidak bersua
Kini kembali ingin bercerita

Berpantun lah pulak, aisey. Tapi apa-apa pun. Terima kasih kerana masih menjenguk blog secerah nurrahman.

Alhamdulillah, sepanjang msa blog ini sunyi, sebenarnya. Saya sedang mempelajari sesuatu. Dan hasil dapatan itu saya ingin kongsi Kali ini.

Semuanya mobile

Dunia sekarang dah berkembang maju termasuk teknologi, terlalu pantas berkembang. Jadi saya tak. Mahu ketinggalan menikmati kemudahan yang tersedia ini.


antaramuka blogspot dlm phone
Untuk pengetahuan sahabat semua, entri ini ditulis dengan menggunakan telefon pintar android. Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa android merupakan syarikat dibawah kelolaan Google.inc, begitu juga dengan blogspot, merupakan syarikat kelolaan google. Jadi ini satu manfaat yang saya rasa tidak boleh tidak bagi seorang blogger yang sibuk untuk terus kekal aktif menulis walaupun komputer tidak ADA bersama
Blogger for android
Mungkin kegairahan menulis di mobile tak sama dengan memggunakn pc atau laptop, tetapi sekurangnya blogger tegar dapat sengtiasa update entri baru Di blog mereka, insyaAllah.

Cabang siber baru

Sekadar mahu berkongsi, menyedari tentang mobiliti, iaitu maklumat boleh dicapai dengan mudah, hanya melalui telefon mahupon tablet, jadi potensi penyebaran maklumat menjadi cepat Dan mudah. Ini satu berita baik pagi pendakwah-pendakwah untuk terus menyebarkan maklumat, info atau terus bersoal jawab melalui atas talian dimana juga. Jika dahulu mungkin desktop pc, atau tablet sukar dibawa kemana-mana jadi kita tidak lagi
Bergitu juga dari segi perniagaan, urusan menjadi sangat mudah, urusan jual beli boleh terjadi dimana sahaja, transaksi duit boleh dilakukan tanpa perlu ke bank. Dan kita hanya perlu menantikan barang yang dibeli itu sampai Di depan pintu rumah kita. Mudah bukan.

NR resources, perintis e-dagang

Jadi Kami Di barisan nurrahman mengambil kelebihan itu untuk turut sama merancakkan lagi bidang perniagaan internet ini, jadi selama ini Kami senyap sebenarnya adalah bagi menyiapkan sebuah laman web khas e-dagang Kami sendiri. Dengan kerjasama dari 5ilence 5tudio, Kami telah berjaya menghasilkan semua laman yang diberi nama NR resources
Di NR resources Kami menyediakan perkhidmatan menjual produk pemakan sunnah. Setakat ini produk yang sedia ADA adalah habbatus sauda, minyak zaitun Dan susu kambing. InsyaAllah dari masa ke semasa Kami akan menambah lagi produk jualan kami.
Menjemput semua pembaca secerah nurrahman untuk singgah ke laman sesawang NRresources Di www.nrresources.ml.my

Penutup: jangan sia siakan peluang

Semua orang mahu akan kemajuan, tetapi ramai yang tidak mahu berusaha untuk maju. Hatta mahu berubah menjadi maju kadang kadang tidak mahu. Jadi jika ADA satu peluang, maka rebutlah, insyaAllah jika itu tertulis adalah rezeki kita maka teruskanlah. Sesungguhnya satu kebaikan atau rezeki itu tidak akan databg dengan mudah tanpa perlu berusaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan