Mencari sesuatu?

Thursday 8 November 2012

IT: Microsoft buat aku teruja


Assalamualaikum

Kalau anda pengguna komputer seja beberapa dekat yang lalu, mungkin nama Microsoft amat terkenal bagi anda dengan Window OS dan Window office. ketika itu permulaan bagi microsoft 'menguasai' dunia. ya lah, ketika itu komputer semuanya dalam bentuk command tetapi window mempekenalkan dalam bentuk "Mesra penggua" dimana pengguna yang tidak ada kemahiran komputer pon mampuuntuk menggunakan komputer.

dan ia semakin 'menakluk dunia' dengan software yang amat membantu pengguna untuk menyelesaikan kerja, yang paling utama semestinya microsoft offie seperti words, power point dan juga excell. Dan komputer yang menggunakan OS microsoft juga amat senang untuk Install apa-apa software. Semua "klik next" ja..haha

Tapi kalau kawan-kawan perasan, dalam era 2000, microsoft seakan kurang taring, kemunculan Apple dengan kecanggihannya, Open Source dengan segalanya percuma, google pula dengan segalanya mudah dan menarik sedikit sebanyak melemahkan microsoft. Ditambah pula dengan kepesatan teknologi gadjet dan juga internet, pengguna sudah seakan akan tidak lagi bergantung harap sepenuhnya kepada microsoft.

Microsoft mahu kekal di puncak

Sekadar mahu berkongsi sedikit info tentang produk/aplikasi/perkhidmatan/kerjasama yang window telah lakukan bagi mengukuhkan kedudukannya di puncak.



Banyak? Ni baru sebahagian dari bermacam-macam perkhidmatan yang Microsoft dah wujudkan. Tapi apa yang membuatkan aku teruja dengan Microsoft??

1-Window 8 yang Awesome!

Kalau siapa yang update pasai window 8 ni, baru lagi dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2012. Kira baru lagi la kan, tapi antaramuka ataupun versi beta dah dilancarkan sebelum itu lagi. dari segi grafik idea memang paling menarik setakat ini bagi saya. terutamanya pada start screen yang super awesome.walaupun hanya menggunakan kotak-kotak tile sebagai paparan utama, tetapi susunan dan permainan warna memang tervaiks la. Simple but nice! Animation dan grafik juga ditambah baikkan daripada Window 7.

Tu belum kira fungsi lagi tu. Startup booting dia lebih laju dari window 8. Perlabagi fungsi ditambah terus dalampakej OS ini. Nampak macam lebih mudah tapi canggih yang amat. Haha tapi sejujurnya rekabentuknya ini adalah lebih kearah antaramuka tablet dan smart phone. Bagi saya ini satu perubahan antaramuka desktop yang baikkerana pengguna tak akan janggal walaupunpertama kali menggunakan window 8 ini kerana desktop seperti window sebelumnya masih ada tetapi sudah di beri nafas baru.

Ulasan lanjut mengenai window 8 ini boleh baca di http://amanz.my/2012/10/windows-lapan/ atau tonton video ini. Jangan Risau, ia dalam bahasa melayu. hehe




2-Window Phone dan Window Surface Tablet.

Walaupun sekarang dah banyak dijual smart phone di pasaran. Tablet yang semakin menghampiri kemampuan sebuah laptop. Keinginan saya tidaklah sebegitu teruja setelah saya menjumpai smartphone dan tablet yang dikuasakan oleh window 8.

Tak cukup dengan keterujaan dengan window lapan. reka bentuk Smartphone dan jugak tablet yang dilancarkan menyebabkan rambang mata tahap lapan dari sepuluh..haha

Salah satu Smart phone berintergrasi dengan Window 8-htc 8X
Ok telefon ini memang buat peminat gadjet dan teknologi meleleh air mata. Dengan ip Qualcomm S4 1.5GHz Dual Core. itu satu yang cukup puas hati untuk sebuah smartphone. Tambah pula lagi 1Gb Ram, 16 Gb storan dalaman, 8Mp kamera belakang, sistem audio daripada Beats dan skrin bersaiz 4.1 inci. Sapa tak mau? tapi sayangnya harga ramalan dalam Rm1800. Sebabtu la meleleh air mata.
Window Surface tablet dengan keupayaan Core i5
Satu lagi gadjet yang boleh buat demam. Haha. Tablet daripada window, seperti biasa dikuasakan dengan window lapan yang awesome. Apa yang menyebabkan saya rasa tablet ni macam super duper style adalah penggunaan Intel core i5( tak pasti samada pakai 2nd generation atau 3rd generation). dan kalau yang versi window 8 RT ada NVIDIA Tegra 3 Empat teras. terdapat dalam storan 64GB / 128GB, terdapat port usb 3.0, dan skrin bersaiz 10.6 inci. ketebalan pula 0.53 inci sahaja.

tapi bagi aku daya tarikan utama bagi tablet ini adalah papan kekunci yang brilliant. terdapat dua jenis satu versi "Touch Pad" (pakai sensor sentuhan) dan satu lagi pakai "Type pad"( kena tekan macam keyboad biasa). keyboad ini sebenarnya bukan sebahagian dari tablet ini, tapi bila ia bersambung dengan menggunakan kaedah magnet dari keyboard itu kepada tablet, ia berfungsi juga sebagai casing tau cover kepada tablet. tengok video bawah ni nanti faham la kot. Ngee



Harga bagi Tablet ini kalau pakai window RT, harga selepas di tukar kepada RM adalah lebih kurang RM2750 (64Gb dengan touch pad). Rasanya kalau window 8 dengan intel core i5 lagi tinggi harganya.

Iktibar dari pesaingan
Inilah antara hikmah dalam pesaingan, Sepatutnya bila satu saat kita ketinggalan di belakang dalam sesuatu, kita tidak perlu menjatuhkan orang dihadapan untuk kita sendiri berada di depan, tetapi muncullah dengan diri sendiri yang semakin hebat supaya anda di hadapan dengan lebih hebat dari sebelumnya. Ya mungkin perlukan pengorbanan, tetapi pengorbanan untuk menjadi lebih baik bukankah itu lebih mulia dari 'mengorbankan' orang yang berjaya untuk dia tidak dapat menandingi kita.

Sumber:
  1. amanz.my
  2. microsoft.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan