Mencari sesuatu?

Thursday 8 November 2012

Jeritan Suara


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,
Hari ini Allah mencampakkan sedikit kekuatan untuk menaip
Jeritan Suara......
Entri kali ini berkaitan dengan jeritan saudara seIslam kita


Yaa..
Kita semua tahu Negara-negara Islam didunia sedang dibolosi peluru
Kita tahu manusia seakidah kita sedang diseksa
Kita semua tahu mereka semua hidup dalam ketkutan
Kita semua tahu mereka hidup dalam kesusahan
Tanya pada diri..
Apa kita buat bila kita tahu semua tu??
Apa yang kita buat untuk membantu mereka??
Pernahkah terfikir dan meletakkan diri kita untuk sekita untuk merasai
Kesakitan yang sedang mereka lalui..?
Atau kita hanya bergelak ketawa dibumi Malaysia ni??
Hanya tengok video dan gambar kesengsaraan mereka…
AYUH!!!!

Kita mengaku kita Islam…
Tapi apa yang kita buat untuk mereka??
Sedangakn dalam sebuah hadis ada menyebut :

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saudara seIslam kita…
Saudara yang jauh dimata
Tapi kuat dihati…
Dengarlah jeritan anak-anak kecil yang kehilangan ibu ayah
Luangkanlah sedikit masa untuk mendenga rintihan mereka
Luangkanlah sedikit harta untuk membantu mereka
Luangkanlah sedikit tenaga untuk bergerak mencari tempat yang menyalurkan sumbangan kepada mereka
Kerana untuk pergi kesana, mungkin sukar bagi kita
AYUH SAHABAT-SAHABAT
Bangkitlah demi Islam yang tercinta..
Bangkitlah daripada diulik kesenangan
Sedangkan saudara seakidah kita sedang disiksa Yahudi laknatullah

**Bersama-sama kita buat apa yang termampu supaya apabila kita dibangkitkan kelak kita ada jawapan terhadap isu akidah ini. Beramal kerana Allah.



Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan