Mencari sesuatu?

Tuesday 13 November 2012

PASANGAN YANG SWEET

Bismillahirahamnirrahim
Alhamdulillah...

Sekarang ni banyak menerima jemputan daripada sahabat-sahabat yang bakal membina masjid. Allah, seronok bila dapat tahu berita macam ni. InsyaAllah, semua orang akan merasai saat ini termasuklah aku insyaAllah......hehe


Ok, yang nak kahwin alhamdulillah, yang tak kahwin pulak masyaAllah. Dah macam orang yang dah kahwin lagaknya. Bukan apa, kita kan bakal menjadi PENDIDIK suatu hari nanti insyaAllah. Nak jadi Pendidik, diri harus terdidik barulah mampu mendidik anak murid supaya menjadi terdidik.

"Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu. tetapi barang siapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu benteng penjagaan baginya."(HR.Bukhri).

Oleh itu, watch everything that you do because Allah is always watching you. Saranan aku senang, AKAD DULU LEPAS HABIS BELAJAR BARU BUAT KENDURI. In case duit tak cukup la.

Ye la, mana taknya jalan berpegang tangan didepan orang ramai tanpa segan silu. Mana engkau campakkan rasa malu yang Allah bagi??
Senang cerita, NIKAH. Nak pegang ka apa ka dah tak ada masalah. Sebab engkau telah halal baginya. Tapi tu la, maybe mak ayah tak bagi kahwin masa belajar. Kalau mak ayah tak bagi lagi jom PUASA.

Sebab apa tau, bersentuhan dengan orang bukan muhrim secara sengaja sama macam pegang khinzir. Lebih hina daripada khinzir. Kalau pegang khinzir boleh samak untuk suci kan diri daripada najis berat. Tapi kalau bersentuhan(tak sama jenis) tak kan nak samak. Tak termasuk dalam golongan najis berat pun.


Tu la, nak bagi tak jadi najis....JOM NIKAH.
Kalau tak mampu JOM PUASA.
Kalau tak mampu jugak JOM SIBUKKAN DIRI DENGAN ASSIGMENT.

Allah masih sayangkan kita sebab tu Allah hantar sahabat-sahabat untuk menegur kita. Tanda sahabat yang baik adalah sentiasa ingatkan kita tentang akhirat dan berusaha untuk menyedarkan kita kalau kita buat salah. Bukan namaya kasih dan sayang kalau ia MENGHERET KITA KE NERAKA. Kasih sayang adalah yang akan membawa kita ke SYURGA.


**Perubahan di tangan mu. Kerana tiada seorang pun yang mampu mengubah kita melainkan kita berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik. Kalau kita mencari kebenaran, Allah akan permudahkan usaha kita. Kalau kita usaha kearah kejahatan pun Allah akan tunjukkan jalan. Oleh itu, sama-sama kita mohon supaya Allah tetapkan hati kita yang sentiasa berbolak balik. Supaya kita dipandu dengan IMAN bukannya nafsu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan