Mencari sesuatu?

Tuesday 1 February 2011

Diskusi:Saya nak raya boleh?



بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang Menciptakan Kami
Bersuku dan berbangsa
Satukan Hati kami Dengan Perpaduan
Bataskan Syariat kami dengan agama.

Budaya vs Agama
selalu dipersoalkan, boleh ka nak beraya bersama orang bukan islam, bolehkah ucapkan selamat kepada orang bukan islam yang sambut perayaan. Ermmm..nampak mcm remeh tapi penting ooo...jadi bali kepada persoalan boleh ka???

sebelum tu sy suka nak berkongsi mengenai apa itu perayaan agama dan perayaan budaya.
perayaan budaya adalah perayaan yang diraikan atas dasar bangsa dan adat seseorang, mengikut tempat dan keadaan masyarakat.

perayaan agama pulak, perayaan yang ada dalam kitab agama masing-masing, yang terdapat dalamnya ritual-ritual agama seperti sembahyang )ikut agma masing2) dan penyembahan roh @ dewa. lazimnya xkira siapa asalkan dia beragama sekian-sekian. menyambutnya.

Bolehkah sambut...??
eeerrmmm...soalan ni mmg banyak dibahaskan, bahkan ulama ada juga yang berselisih pendapat mengenai ini, tapi bagi sy, kebanyakkan yang sy dengar dan belajar adalah boleh menyambut perayaan selain perayaan islam asalkan, tidak berkaitan dengan perayaan agama.mcm ni la;

Pertama, jika perayaan itu hanya bersifat adat tradisi sesuatu kaum, tidak bersifat dan bercirikan agama, dalam majlis atau perayaan itu tidak ada upacara keagamaan, perayaan itu boleh disertai orang Islam. Perayaan seperti itu tidak ada kaitan dengan unsur akidah dan doktrin agama yang berkemungkinan membawa fitnah atau subahat kepada akidah dan pegangan agama penganut Islam. Baik mereka yang menghadirinya atau orang lain yang melihat mereka menghadirinya.

Kedua, jika perayaan itu berpunca daripada ajaran atau pegangan agama, mengandungi unsur keagamaan, ada upacara keagamaan maka penganut agama Islam tidak dibolehkan serta dilarang turut serta meraikannya. Tegahan berdasarkan kepada keadaan di mana perayaan mengandungi upacara keagamaan yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti pemujaan terhadap tuhan atau dewa. Kehadiran orang bukan Islam boleh mendatangkan fitnah. Dalam Islam sesuatu yang memudaratkan mestilah dihapuskan, syubhat juga mesti dijauhi seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Tidak boleh (berlaku) s ebarang mudarat dan tidak boleh (berlaku) yang memudaratkan.”

Non muslim nak join perayaan kita??
eermm...kalau orang bukan islam nak terlibat dalam perayaan orang islam, itu diharuskan, mana la tau kan terbukak pintu hati, hidayah Allah bagi dekat dia, tertarik nak masuk islam, dia diharuskna untuk bersama, dia boleh dengar khutbah hari raya kita yang sarat dengan kata0kata hikmah dan nasihat agama. SOlAT?? kalau dia solat pon xsah sbb dia bukan islam...

kebaikan non muslim join perayaan islam banyak, mcm yang sy tulis kat atas ni, memlalui ziarah menziarahi mereka dapat tengok keindahan islam yang bermasyarakat, saling bermaafan, hormat menghormati, jadi InsyaAllah dengan hidayah dari Allah, mana la tau tertarik kepada Islam

Nak ucapkan selamat?boleh?
ni pon satu hal lagi, perselisihan pendapat. banyak!! ada yang kata boleh ada yang kata tak,

daripada petikan Dr al qadhawi;
Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”
daripada apa yang diucapkan, menunjukkan kita boleh mengucapkan selamat kepadanya jika dia (non muslim) dahulu mengucapkan selamat kepada kita, tetapi perayaannya HARAM!! sama sekali.  
Daripada satu artikel penulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) pula, Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
tetapi DR MAZA ada juga menyelitkan pendapatnya beserta dalil-dalil yang menyatakan ucapan tahniah ini dibolehkan berdasarkan sifat non muslim itu sendiri, jika dia kafir yang tidak memusuhi islam,dan dia memulakan ucapan selamat maka xsalah jika kita membalasnya. berdasarkan kata-kata saidina abbas r.a 
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).


penutup: Berbuat baik kepada semua
Secara ringkasnya, merayakan perayaan budaya adalah dibenarkan, tambahan pula ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan (bagi yg mualaf) dan hubungan persahabatan maka ia diharuskan, tetapi jika perayaan itu berkaitan dengan agama maka ia diharamkan, TOTAL HARAM!!
isu mengucapkan salam pula, apa yang dapat sy simpulkan, ia diharuskan jika mereka (non muslim) itu mengucapkan selamat kepada kita, kerana ia tidak memusuhi islam, jika kafir yang memusuhi islam, mka haram kita mengucapkan selamat pada hari raya mereka kerana ia seolah-oleah mengiktiraf mereka sebagai golongan kafir dan ibadah@agama mereka, nauzubillah. 

apa yang penting peranan kita menonjolkan imej islam yang sebenar agar orang lar tidak memandang hina kepada agama kita, tidak merendah-rendahkan agama kita, dan semoga mereka lebih tertarik kepada ISLAM. INsyaAllah!

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).

wallahualam...

ABG MAN:mengenai hukum hakam, abg man sarankan rujuk kepada orang yg fakih kepada agama, dan rujuk pepada tokoh-tokoh yang anda percaya, kerana terdapat ia masalah agama, dan masalah agama tidak boleh dibuat keputusan ikut hati sendiri..wallahualam

5 comments:

  1. @azam azizmenarik ka, rasa mcm banyak merapu dari bagi fact, dah lama x menulis idea dah berkarat..adeh3

    ReplyDelete
  2. tapi abg man klo macam pendapat seseorang itu boleh dikatakan menepati saranan agama macam mana????
    boleh ka diguna pakai...
    contohnya dia tetap bertegas bahawa mengikuti perayaan selain daripada perayaan untuk umat Islam adalah haram baginya la....

    sekadar bertanye???

    ReplyDelete
  3. @BeTuLkAh CaRa HiDuPkuapa yg abg man belajaq, perkara2 yang terdapat khilaf ulama' ni adalah perkara biasa, dan xboleh nak katakan orang ni betol dan orang ni salah, sbb masing2 aa dalil masing2, jadik kita meraikan kedua2nya, jika hati dan iman kita kata, benda ni xboleh, jadi berpegang la pada 'xboleh' dan kalau jiwa dan iman kaya, benda ni xdak apa2, jadi beramallah dengan apa yang dipelajari, jangan mengikut tanpa ilmu, sbb amalan tanpa ilmu takut salah apa yg dilakukan. tapi perkara2 yg dah disepakati HARAM dan xboleh dilakukan, maka ia TOTAL, TETAP xboleh dilakukan.

    ReplyDelete
  4. abg man, setuju, tp apa benda yang kita nak lakukan dalam masalahan agama, mesti ada dalil dan ilmu yang kita belajar, jgn mengikut ja, itu la masalah kita, dah la kita mengikut, xnak merujuk kepada sesiapa2, pastu bila ada perselisihan, terus nak menyalahkan orang lain...wallahualam, peringatan untuk diri sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan