Mencari sesuatu?

Saturday 19 March 2011

Diari: Berkembang tapi masih di belakang

Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 sekalian, pertama sekali, jutaan maaf saya nak dahulukan sebab dah lama tak update, kalau sahabat-sahabat perasan la, bulan ni baru 3 post termasuk post ni (nampak sangat maleh nak update) oooppsss... bukan malas la, semenjak masuk semester 2 dekat UPSi ni, terasa sebuk, eermmm sebuk,,, betul la dalam Rasulullah bagitahu:
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
masa, memang susah untuk sy bagitahu betapa susahnya mengatur masa disini, UPSI, bagi saya la. kalau sahabat2 sy xtau, sbb terlalu banyak aktiviti terpasa saya masuk..itu kena pergi..ini kena pergi..kadang2 masa untuk buat assigment pon ntah kemana, tambah pula final Exam dah dekat..Study? Teeeet.... mana nak carik masa...Ya Allah...nampak sangat xpandai atur masa.


Kesusahan itu untuk kesenangan 
tapi Allah bukannya zalim, segala yang dia berikan, dia uji kita, sebenarnya adalah satu bentuk latihan kepada kita, Ya, mungkin ada yang kata, ujian kadang kala menimpa dengan berat sekali, namun kita masih dapat hidup dan perasan atau tidak kita semakin kuat. kalau dalam bahasa mudahnya, kita semakin berpengalaman? setuju?


tired already...adeh3!!!
Analogi dia mcm ni la, kita belajar..belajar punya belajar pastu ada quiz, kita menjawab berdasarkan apa yang kita belajar tu, kalau kita menjawab dengan baik, ini bermakna kita sudah bersedia untuk final exam. dan kalau kita cukup2 makan, maknanya masih banyak yang kita perlu perbaiki, dan kalau terkantoi, bermakna kita ini masih lagi lemah, masih belum cukup bekalan untuk kita bawak pergi ke final exam.


mcm tu la kehidupan, segala yang berlaku depan mata kita ini adalah pelajaran dan pembelajaran yang Allah beri terus kepada kita, sma ada secara tersurat dan tersirat. dan setiap dugaan, cabaraan dan bala bencana itu adalah ujian nya, supaya kita sedar akan apa yang telah berlaku kepada kita, dan final examnya adalah di Akhirat kelak, Subhanallah, Allah itu maha pengasih dan penyanyang, setuju? Angkat tangan mcm saya (n_n)/


Kemana saya pergi?


1-blogger
Alhamdulillah rezeki dari Allah, semenjak saya berkecimpung dalam dunia blog ni, saya sudah rasa mcm kemahiran menulis bertambah, komunikasi baik sikit dari seblumnya dan yang terbaru, orang memberikan kepercayaan kepada saya untuk buatkan mereka blog header, background, manage, dan lagi latest adalah jadi tutor untuk bloger2 baru (kawan2 saya ja pon..hehe) 


tapi betul sya cakap, saya masih lagi usia xsampai setahun dalam dunia blog ini, masa bua blog walking ...tgk blog orang subhanallah, keupayaan mereka mereka dan menghias dan apa yang mereka tulis itu menjadi pembakar semngat kepada saya, huh!! aku berkembang tapi masih dibelakang. orang lain dah lama buat benda mcm ni, aku baru nak start,.tapi xpa..sekurang2 nya dapat ilmu, itu pon dah bersyukur.


design teragung pernh dibuat!!
2-designer
Rentetan dari itu, orang dah mula percayakan keapda saya untuk mereka bentuk Banner, poster, banting baju..segala mcm bentuk reka bentuk yang gunakan PS sy kena buat, first time bekerja dengan PS selama lebih 12 jam sehari, kadang2 tak tidur dibuatnya, dan dari situ saya bertemu dengan Otai2 designer dari UPSi, subhanallah, aku berkembang tapi masih dibelakang, xapa sekurang2 nya aku tidak tinggi diri dan dapat juga pertajamkan lagi skill PS. InsyaAllah.



my crew opps..my team partner n_n


3-Photographer
my beloved camera!!
ni bidang paling baru pernah sy join, sebelum2 ni terlibat secara suka, dengan camera compact yang harga xpernah lebih dari rm400, tapi minat yang tahap cipan gila terhadap kamera n photo, sy sanggup kumpui duit dari zaman matrikulasi, sampai la sekarang ni, sy dah berjaya mendapatkan kamera canon450D, suka2.. dan slepas itu Rezeki Allah sekali lagi, banyak pula jemputan untuk jadi Photographer program2 kat upsi ni, Alhamdulillah, Allah xmahu aku sia2kan usaha kumpui duit (sanggup xmakan tengah hari) untuk aku tajamkan skil ni, dan sy rasa Allah mahu aku gunakan Kamera tu untuk meneliti kekuasaannya dalam penciptaan dunia dan kehidupan, InsyaAllah, 


ni antara hasilnya: 

  1. openday KAB UPSI
  2. OpenDay KZ UPSI
  3. Bukit Larut Camp
  4. eerrr insyaAllah kalau ada rezeki blog khas pasai gambaq ja..:)



Jangan Pernah Mengalah
tapi Allah tidak bagi sy berasa senang dengan apa yang saya dapat dan apa yang saya ada, daripada kelekaan saya menikmati keselesaan yang ada ni, prestasi saya menurun sedikit, buktinya tengokla, bulan 2 dan bulan 3 pya entri, berapa banyak ja berbanding bulan 1 pya...dan ada la lagi personal kes yang Allah dah tunjuk kepada saya bahawa kita tak selamanya di atas, dan tak juga selamanya di bawah, hanya dengan kalimat Allah maha pengasih dan penyayang, jangan sekali2 Mengalah bila ditimpa musibah, ujian Allah itu bukan peyiksaan tapi satu sumber kekuatan, INGAT!!!!
Surah al-Ankabut, yang bermaksud, “Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” 
Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)
 wallahualam



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan