Mencari sesuatu?

Thursday 28 April 2011

ADMIN BARU!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang digembar gemburkan dalam Page Secerah NurRahman di facebook, sy dah postkan propaganda (sesuai ka istilah propaganda??) yang akan ada admin ataupun penulis baru dalam blog NR nih, eerrmm..pada mulanya hanya dua sahaja admin yang akan sertai, tetapi Alhamdulillah, bertambah lagi dua admin@penulis dalam blog NR ni, ini bermakna akan ada 5 orang admin. Mari berkenalan dengan 5 admin Secerah Nurrahman.



Abg Man

Nama: Abdul Rahman a.k.a Abg Man
Asal: Perak
Umur: 20 Tahun


Abg Man adalah pengasas blog Secerah Nurrahman ini, dan juga admin dan penulis  utama dalam kebanyakkan entri dalam blog ini. penulisannya banyak menyentuh tentang isu-isu yang berlaku dan masalah-masalah masyarakat yang melanda. Meminati Nasyid tempatan terutamanya lagu-lagu nasyid moden kontemporari.

Mad
Nama: Ahmad a.k.a Mad
Asal: Pulau Pinang
Umur: 20


Admin baru didalam NR, pelajar jurusan IT di Universiti tempatan. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang IT terutamnya dan amat peka kepada info semasa. insyaAllah akan membincangkan mengenai IT dan juga berkongsi ilmu yang dia ada.  Terlibat secara tidak langsung dalam krew produksi MyTinta Produktion (sbb tu blog ni boleh dapat khidmat dari MyTinta..hehe).
Moha
Nama: Muhammad a.k.a Moha
Asal: Kedah
Umur: 20 Tahun


Juga Admin baru dalam NR, pelajar jurusan IT di sebuah universiti di Perak. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai IT dan technologi. dan juga gemar menghasilkan puisi (pegh muka legend hati cute), terkenal dengan bait-bait puisinya. Kemunculan dalam blog NR akan  akan cuba membawakan sedikit kelainan, InsyaAllah.
Cik Wawa
Nama: Najwa a.k.a CIk Wawa
Asal: Selangor
Umur: [rahsia kerajaan??]


salah satu admin jemputan dalam blog ini. mempunyai pengetahuan dalam fiqh wanita dan isu-isu semasa. kemunculan dia dalam blog ini diharapkan dapat berkongsi ilmu dan pendapat dalam beberapa aspek kehidupan sebagai muslimah insyaAllah (sbb sy nak cakap pasai perempuan, takut salah, xlayak). Juga Pelajar jurusan IT di sebuah universiti tempatan. InsyaAllah akan begelar guru.
Miss Nana
Nama: NurAmalina a.k.a Miss Nana
Asal: Johor
Umur:[401 error]


Bagi menguatkan lagi Blog NR seorang lagi penulis berbakat dijemput menyertai blog ini. Dia juga amat sensetif kepada permasalahan masyarakat dan amat peka kepada Alam sekitar, Dia juga ada blog sendiri (tapi dia xbagitahu urlnya) dengan pengalaman menulis yang dia ada, insyaAllah akan menguatkan lagi dan dapat memenuhi kepuasan para pembaca blog. InsyaAllah.


Diharap Kehadiran 4 lagi admin dapat merancakkan lagi aktiviti blog di NR ni. Semoga sahabat-sahabat dapat mengambil input berguna yang bakal diposkan oleh admin-admin baru ini. apa yang saya harapkan. bersama kita sebarkan ilmu dan dakwah islamiah, agar bukan kita sahaja yang akan mendapat manfaat tetapi sahabat-sahabat kita yang lain jugak.wallahualam






P/s: Nama sebenar penulis ada pada gambar kartun. jika mahu berkenalan dengan mereka dengan lebih lanjut boleh ke facebook mereka masing2. TQ (n_n)v

2 comments:

  1. wah mempunyai krew sendiri....
    bila pulak ana,imran, harith n enta nak bersatu????

    ReplyDelete
  2. @BeTuLkAh CaRa HiDuPkudisebabkan kalian semua amat hebat, jadi lebih baik kalian jgn bersatu dalam satu team, bersatu dalam satu ukhwah dan agama sudah...baik kalian cari orang yg masih baru atau berminat nak menulis tapi xdak ruang nak menulis...eermmmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan