بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang memberi kemenangan
kepada tentera Badar
seperti yang dijanjikan
Yang sedikit mampu
Menewaskan yang ramai.
Semakin Dekat.
Assalamualaikum, masyaAllah, dah lama saya tak menulis nih, dah berhabuk apa blog ni, tak ada sapa pon yang nak singgah dah, InsyaAllah akan lebih berusaha keras selepas ini
Hari demi hari, makin banyak perkara yang kita dengar diKaca TV, perang mulut, perang saudara, perang senjata (uich semua perang??) Namun dalam kebanjiran berita-berita yang kurang enak, ada juga berita yang amat menenangkan hati. Bak kata pepatah yg saya buat sendiri..haha ibarat permata yang muncul dari lumpur. Apa dia eekk?? nnt saya ceritakan.
Suka saya nak berkongsikan satu kalimat yang amat menyentuh hati dan menjentik iman saya. Ayatnya lebih kurang begini.
"Masalah ummat masa kini terutamanya dipalestin yang tidak pernah berhenti bukanlah tanda bahawa Allah itu tidak Adil, tidak berkuasa, dan tidak sayang kepada ummat Islam. Terapi kerana manusia-manusia yang sangkakan dirinya islam, mukmin masih belum terISLAH. Kekacauan di negara-negara islam yang lain adalah satu perlian daripada Allah kepada ummat islam." (adaptasi daripada sebuah buku himpunan cerpen MATAHARI karya Hilal Asyraf)
Program Realiti Islamik
Pada Entri yang dahulu pernah saya sentuh mengenai program realiti islamik seperti Imam Muda, Akademi Alquran dan Adik-Adikku. Itulah antara Usaha-usaha dakwah yang telah dibangunkan oleh sebahagian manusia yang celik matanya mengISLAHkan saudara-saudaranya.
Imam muda membentuk pemimpin-peminpin yang akan memimpin keluarga, masyarakat, dan diri nya sendiri kearah pengISLAHan, Akademi Alquran pula terbuka kepada semua gender, agar terkesan hati-hati mereka dan pendengar-pendengar agar lebih dekat dengan Alquran. Adik-Adikku pula satu bendtuk pengISLAHan dari akar umbi lagi. Bila sedari kecil sudah terislah. maka sudah pastu akan tumbuh tunjang yang kuat bagi memikul dahan2 tanggungjawab pengislahan.
Namun menyedari satu hakikat yang Kaum wanita lebih ramai dari kaum lelaki, Haaa.. ni la berita baik yang saya bagitahu sebelum ni. wujud pula program realiti islamik khusus untuk kaun hawa diluar sana. Gadis melayu?? bukan2... itu program mencari IDENTITI, ini program ISLAMIK mencari KEREDAAN Allah, InsyaAllah.
Ustazah Pilihan Vs Solehah
Eh, jangan salah sangka pulak, bukan pertandingan berlawan, dan kemunculan program ini bukanlah persaingan. tetapi inilah dinamakan Kesuburan pembangunan minta muslim. Nak bina Baitul Muslim, maka isi rumahnya juga perlu bersih.
orang kata hati wanita hanya wanita sahaja yang mampu menyentuhnya.(betul ka?/) Bila lelaki menyentuhnya takut terluka, bila kanak-kanak menyentuhnya tak makan saman la pulak...ades.. jadi ini langkah yang bijak melahirkan wanita-wanita SOLEHAH.
muslimah2 diluar sana, sahut cabaran!!!
- Wanita Islam berumur 20-30 tahun
- Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
- Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
- Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
- Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Tarikh : 18 dan 19 Jun 2011
Tempat : Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
(Bersebelahan Masjid Negara)
Masa : 10 pagi – 6 petang
Ustazah Pilihan
Terbuka kepada semua wanita warganegara
Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat
tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
HusnuZon
baiklah, walaupun banyak komen2 yang diterima mengenai program muslimah ni, kita bersangka baik sahaja. kerana Manusia hanya merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. yang Penting kita doakan kebangkitan Muslimah dalam medan dakwah ini menjadi satu suntikan semngat kepada Lelaki (malu la plak..ades ) kepada wanita pula, makin bersemangat mendukung dakwah islamiah, mengamalkannya.
Semboyan jihat semakin lantang bergema, jadi MARI MULAKAN!!!!!!!
Semboyan jihat semakin lantang bergema, jadi MARI MULAKAN!!!!!!!
“(dan) orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lainnya. Mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah dan sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (At-Taubah 71)
try bukak page ni acap:
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/pages/HARAMkan-Ustazah-Pilihan/221689844517637
@Harith Faisalxboleh nak bukak la harith....link problem kot..??
ReplyDelete