Mencari sesuatu?

Friday 25 November 2011

100:selamat Hari jadi Awak...!!!



Selamat Ulang Tahun
Assalamualaikum...SELAMAT ULANG TAHUN BLOG NURRAHMAN!!!
Alhamdulillah, sudah setahun blog Nurrahman bersiaran di dunia maya ini. dan Alhamdulillah, dengan sokongan dari sahabat-sahabat menyebabkan satu kekuatan datang kepada kami crew-crew author di nurrahman untuk terus menuliskan info-info kepada pembaca

Entri yang ke 100!!
Alhamdulillah, entry pada kali adalah entri yang ke 100!!!!! yeahhh!!!! Ingat lagi entri Pertama [Klik Sini] adalah satu titik permulaan dan pekenalan kita antara sahabat-sahabat pembaca dengan saya. dahulu saya hanya berseorangan. menulis beberapa perkara berkaitan dengan kehidupan kita.

Dan blog ini juga wujud atas saranan sahabat saya [ni blog dia]. Dia lah yang banyak memberikan semangat dan dorongan untuk blog NR tetap kuat menyampaikan info dan maklumat. Dan penerimaan sahabat-sahabat pembaca juga memberikan lagi suntikan tonik untuk saya bersemangat untuk menulis. Terima kasiiiiihh!!! ngeeee

NR:Dari tunas menjadi anak pokok
Secara jujur, blog Nr masih lagi tidak sekuat mana, Kami disini masih lagi belajar dan mempelajari tentang kehidupan dan hidup sebagai pendakwah dalam bidang penulisan blog. dan tidak malu untuk saya katakan, blog saya banyak dipengaruhi oleh blog LangitIlahi yang sekarang sudah pun men 'transform' kan diri menjadi sebuah website yang didalamnya lebih ramai author.

Saya juga mahu menjadi seperti Akh Hilal yang penulisannya mampu untuk mentarbiahkan, infonya mampu untuk menambahkan pengetahuan, motivasinya mampu untuk menenangkan fikiran. dan nasihatnya mampu untuk dijadikan pedoman sehari harian. Mohon doa kalian untuk usaha kami Blog NR ke arah itu.

Kami masih anak pokok yang mengeluarkan pucuk muda, bukan pohon yang mengeluarkan buah. dengan usia yang masih muda, kami berusaha menjadi yang kuat untuk berdiri di tanah yang penuh mencabar.

Preview: NR dulu sehingga sekarang
header pertama mula-mula blog NR bersiaran..ngee

kemunculan Abang Man dalam blog NR

Zaman revolusi blog NR kearah lebih keterbukaan.

Zaman Blog Nurrahman menambah segmen:: KONGSI|DISKUSI|IT

Zaman dimana, Blog NR cuba menarik perhatian Pembaca dengan rekabentuk Blog yang menarik
zaman Blog NR menambah bilangan Author bagi menjadikan penulisan di sini lebih pelbagai.


dan sekarang, misi Nr adalah melahirkan remaja islam yang berpengetahuan duniawi dan ukhrawi.. InsyaAllah
Apa Yang Baru?
InsyaAllah pada musim ini, kami telah mempekenalkan beberapa pembaharuan, antaranya button yang cantik disebelah ini <-------------- dan kalau diperhatikan terdapat satu segment tambahan iaitu multi produksi.

Multiproduksi adalah segment yang mana saya akan promosikan beberapa produk hasilan muslim, perniagaan sahabat-sahabat dan apa-apa produk yang bagi saya elok untuk diguna pakai oleh orang muslim. Kepada sahabat-sahabat yang mahukan saya promosi produk kalian boleh ja. TNAPA APA-APA BAYARAN. ya, saya ikhlas untuk menolong menaikkan industri muslim. dan Keutamaan akan diberikan kepada yang menghasilkan produk sendiri.

Jika mahukan Blog Nr mempromosi produk anda, boleh emailkan segala maklumat anda di alamat email acabsmka@gmail.com atau ke page secerah-nurrahman. sila nyatakan secara detail mengenai produk anda. dan untuk ulasan daripada kami sendiri mengenai produk anda, perlu jugak kami mencuba dahulu. 

Semoga Allah permudahkan jalan ini
Berdakwah atau menyampaikan sesuatu kebaikan itu bukanlah mudah seperti memakan ice cream straberry. nganga dan makan sambil menikmati kelazatan Ice cream itu. tapi dakwah itu sesuatu yang aaaaaaamat sukar. Jika berdakwah itu suatu yang mudah maka, nabi tidak dicaci dan dihina, tidak dicederakan dan di lukakan.Tidak perlu berhijrah semasa ditindas, tidak perlu berperang mempertahankan  umat islam yang lain.

namun satu perkara yang perlu kita ketahui. Berdakwah @ menyampaikan sesuatu kebenaran adalah wajib kepada kita.
“Mereka itu tidak sama. Di antara ahli kitab, ada segolongan yang lurus, mereka membaca ayat-ayat Al­lah di waktu malam sedang mereka sujud. Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menyuruh dengan ma’ruf dan melarang mungkar, bersegera mengerjakan kebaikan dan mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.” (Aali Imran 3:113-114)
Mohon Doa supaya kami di Blog Nurrahman akan terus kuat menyampaikan risalah-risalah kebenaran dan Keislaman kerana ISTIMEWANYA KITA KERANA ISLAM

2 comments:

  1. Salam, sahabat.
    Tahniah.. dah genap setahun blog hg wujud. Anyway, hg memang rajin update entry kan.. sampai 100 entry dah?? banyaknye. BHCK walaupun tua sikit daripada NR, tapi entry BHCK x sampai 100 pon lagi. Ok, keep it up bro. Teruskan update blog untuk sebaran dakwah Islam.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. @Harith Faisalhaha..trimas bro... dalam NR ni bukan aku sorang author... ada lagi 2-3 orang agi...tu aa sbb leh sampai 100..plus aku post jugak pasai IT... kongsi ilmu yg aku tau dengan pembaca... jujur aku habaq..blog < a href = "http://harithfaisal.blogspot.com/"> lebih berinfomasi dari blog NR.. sama2 kita sebarkan syiarNya kepada masyarakat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan