Mencari sesuatu?

Saturday 11 February 2012

MULIAKU DIMATAMU

Bismillahhirrahmanirrahhim
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan kesempatan dan kekuatan untuk  meneruskan liku-liku kehidupan.
Alhamdulillah,
Baru-baru ni kita telah menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Marilah kita bersama-sama berselawat keatas Nabi s.a.w
Moga dengan kita mengingati Nabi,
InsyaAllah, diakhirat kelak Nabi akan kenal kita sebagai umat baginda
“Muliaku dimata Mu”
tajuk yang saya pilih yang mana berkaitan dengan Nabi Muhammad.
kenapa saya memilih tajuk ini??
kerana selepas kedatangan Islam, Nabi Muhammad telah menaikkan martabat kaum wanita.
kalau dulu, wanita dihina, dianggap bahan seks semata-mata, bayi perempuan ditanam hidup-hidup  tetapi setelah kedatangan Islam dan Nabi dilantik sebagai pemerintah, kaum wanita tidak lagi dipandang hina.
Nabi sangat menghormati kaum wanita.
Kaum wanita tidak lagi dilayan dengan buruk..

Datangnya perintah daripada Allah s.w.t
yang menyuruh kaum wanita tutup aurat adalah satu anugerah dan penghormatan kepada kaum wanita.
Namun, sejauh manakah kita melihat perintah menutup aurat ini sebagai satu anugerah??
Padahal menutup aurat itu adalah tanda kemuliaan bagi seorang wanita.


Disini, saya hanya senaraikan segelintir kelebihan bagi seorang wanita
Antaranya ialah :


  1. Doa kaum wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang kuat daripda lelaki.  Rasulullah s.a.w pernah berkata "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia".
  2. Ketika seseorang wanita mengandung, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t mencatatkan bagi seorang wanita yang mengandung baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang wanita mula sakit untuk bersalin, maka Allah s.w.t mencatakan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  4. Bila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannnya.
  5. Apabila lahir anak dan kemudian disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebjikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
  7. Barangsapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang takut kepada Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka ke atsa tubuhnya.
  8. Wanita apabila sembahyang sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada ibu bapa dan suami, masuklah dia dari pintu syurga mna sahaja yang dikehendak.
  9. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada neraka jahannam"

Subhanallah,,,
Banyak kan kelebihan-kelebihan bagi seorang wanita??
Tapi malang sekali...
Kadang kala kita terlupa dengan kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t
Kerana mata kita hanya melihat kelebihan duniawi yang bersifat sementara...
Kita lupa bahawa MAUT tak mengenal siapa, tak mengnal rupa, tak mengenal keadaan dan tak kenal pangkat....

Sedarlah wahai kaun hawa....
Islam itu cantik,,,
Dan yang akan mecantikkannya adalah wanita yang solehah,,
Nabi sangat sayangkan kita..
Bagaimana dengan kita??
Adakah kita sayang Nabi??
Kalau kita sayangkan Nabi...
Marilah kita sama-sama mengikuti jejak langkah Nabi s.a.w
Marilah kita kembali kepada fitrah kejadian kita sebagai seorang kaum hawa yang punyai martabat yang tinggi disisiNya


Terima kasih Ya Rasulullah

p/s : kita sepatutnya bersyukur kerana Islam sampai kepada kita. kita perlu ingat bahawa kita bukan bahan untuk dieksploitasi dengan sesuka hati. Kita ada maruah, kita ada hak. Islam itu benar dan saya yakin janji Allah itu juga benar. InsyaAllah, sama-sama kita bergerak seiringan menuju jalan untuk bertemu dengan kekasih Allah dan juga untuk mengadap Tuhan yang menciptakan kita...Hargailah dirimua....kerana diri Mu begitu berharga…

2 comments:

  1. sayangnyer ALLAH dan Rasullullah kepada kaum wanita..
    *terharu..T_T

    ReplyDelete
  2. I always love to read kak Su's writing.. ^_^
    semoga tulisan ini membuka mata hati kaum Hawa.. juga kaum Adam untuk membimbing amanah mereka.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan