Mencari sesuatu?

Monday 29 November 2010

Kongsi:Subuh Gajah Vs Subuh Dinasour (updated)


بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Tuhan pemilik siang dan malam,
jadikan waktu rehatku aman,
untuk aku bertenaga mengerja Ibadah,
tanggungjawab seorang hamba.

Tidur Lewat = Solat Lewat
Pada post lepas, sy ada berkongsi mengenai tidur, dan kes yg sama berulang2, susuanya bila tidur lewat nak bangun awal, kadang2 kena ketuk ngan bantal, kena rotan ngan kayu penyapu, kena simbah air panas, pon susah lagi nak bangun..ish3..kes berat ni...ini semua alasan "aku tidur lewat la.." (kadang2 tidur awal pon lambat jugak...). Masalah Generasi2 hebat masa kini.

Namun begitu, tuntutan untuk solat diawal waktu, amat2lah dituntut. Yang menjadi masalah sekarang ni, dah la bangun lambat, Solat subuh??eeerrr..eemm...Subuh gajah??Subuh Dinosour?? atau xada subuh untuknya~~.
apa nih..orang lain xsolat, aku plak dapat nama..eeee!!

Subuh Gajah @ Subuh Dinosour
Subuh Gajah adalah istilah yg lazim masyarakat kita gunakan, yg bermaksud, solat subuh lambat..hampir2 nak habis waktu @ luar waktu. Subuh Dinosour ni kiranya lagi besar la kot kesnya..hehe..ttp walaupon apapon nama diberi, keutamaan solat itu yg kita mahu bincangkan.

Mengenai solat gajah (bukan gajah bersolat) atau bahasa biasanya, solat subuh lewat waktu ini, pernah terjadi semasa zaman Rasulullah, Berlaku kepada Rasulullah S.A.W sendiri. Ketika pulang dari perang Khaibar.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda:
“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda:
“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).



Solat Serta merta @ Qada'??
Rasulullah SAW bersabda,
” Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah kafir dengan jelasnya”

Waahh...tidakkah kita takut menjadi kafir dengan jelas, kerana solatlah yg membezakan kita dengan agama lain. Berbalik kepada kes lewat subuh ini, Nak solat terus selepas bangun, atau Qada' pada waktu zuhur..Ataupun qada pada waktu subuh esok hari (kes melampau dah nih...).
Berdasarkan kisah diatas, nabi dan para sahabat, terus menunaikan solat tanpa menunggu waktu zohor, hal ini kerana, kelewatannya tidak disengajakan. Hari ini ramai yg salah erti maksud maksud qada. Qada ini hanya layak untuk mereka yg tida sengaja tertinggal solat..bukan yg 'suka' tinggal solat. TIdak Ada qada' untuk mereka yg sengaja meninggalkan solat.

Berbalik kepada Solat subuh tadi, Rasulullah tidaklah menunggu sampai solat zohor untuk menunaikan solat subuh yg tertinggal tadi, malah baginta bagun dari tidur dan bingkas berwudhuk untuk menunaikan solat.
Tetapi, sahabat2 kita, siap boleh cakap lagi, "alamak dah lewat solat subuh,...eermm xpa la..nnt waktu zohor nnt aku qada' la balik..." EEeeee!!! rasa mcm nak tunbuk2 ja abdomen belah kiri dia nih, tp itu la hakikatnya.

awas, waktu2 yg diharamkan solat sunat
Ketahui waktu haram solat
Walaupun sebentar tadi kita bincangkan mengenai bingkas bersegera mengerjakan solat subuh apabila terjaga dari tidur( untuk yg tidak sengaja tinggalkan, tp ada waktu yg diharamkan solat, macam mna??

Waktu-waktu yg haram dikerjakan solat adalah tiga, iaitu:
1. Ketika matahari terbit (sunrise) dan nak naik - di pagi hari;
2. Ketika tegak matahari (mid-noon) - ketika nak bermula waktu Zohor; dan
3. Ketika terbenam matahari (i.e. Sunset) - ketika nak bermula waktu Maghrib.
hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud:  
"Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).
Tetapi, berdasarkan pembacaan sy dari blog sahabat yg sy percayai (pelajar usuluddin di jordan) menuliskan
solat yang diharamkan selepas solat fajar ini adalah solat sunat, manakala solat fardhu adalah tidak ditegah dari melakukannya.(Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261)

Dr. Wahbah Al-Zuhaily pula menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangannya,

 “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Penutup:Bersolatlah Jika kamu hamba Allah
Seorang hamba yang Soleh, akan memastikan hubungannya dengan Allah terpelihara, tidak kira dimana, atau bahaimana keadaan sekalipun. Ibadah yg perlu dijaga sebaik2nya adalah solat, kerana, elok solat, maka eloklah segala2nya.

Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan amalan hambanya, malah setiap perbuatan yg diwajibkan, disuruh dan digalakkan untuk kita laksanakan adalah untuk kebaikkan kita sendiri. Disini sy beri satu link, Mengenai Khasiat solat diawal waktu berdasarkan kajian tenaga Alam amat menarik untuk dibaca. 

Walau apa2 pon, jangan sesekali tinggalkan solat, kerana  
“Perjanjian yang telah ditetapkan antara kami dengan mereka adalah (menegakkan) shalat, karena itu barangsiapa yang telah meninggalkannya maka sungguh ia telah kafir.” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 884, Ibnu Majah 1:342 no: 1079, Nasa'i I: 231, dan Tirmidzi 125 no: 2756).
Rujukan:
  1. http://ms.langitilahi.com/forum/persoalan/subuh-gajah/ 
  2. http://adrinis.com/blog/2009/07/rahsia-solat-awal-waktu.html 
  3. http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25477-terlewat-bangun-untuk-solat-subuh/ 
P/s: Solat diterima Allah atau tidak, itu urusan Allah, kerana dia yang menilai, Asalkan kita buat yang terbaik dan Bersungguh-sungguh tanpa rasa was-was.kita hanya boleh tengok kepada cara  kita laksanakan. Kalau cukup syarat, tak batal dan sebagainya, maka oklah. Kadang kala akhlak kita juga menunjukkan amalan kita diterima atau tidak.




8 comments:

  1. Perkongsian yang sangat bermanfaat..
    santai n penuh hikmah.. =)

    ReplyDelete
  2. @AmiR Saufi
    Syukran ya Akh, hanya menaympaikan penulisan2 sahabat2 blog lain, ilmu masih sedikit, penulisan dlm ni= nasihat diri sendiri

    ReplyDelete
  3. satu perkongsian yg amt bagus..bru sekarang tahu bila waktu hrm solat...hrp dpt dimnfaatkan bersama2x...

    ReplyDelete
  4. @princess yayaInsyaAllah, semoga kita saling ingat mengingati...

    ReplyDelete
  5. semoga Allah redha...

    ReplyDelete
  6. Penulisan yg sangat baik dan senang faham. Tqvm.

    ReplyDelete
  7. Penulisan yg sangat baik dan senang faham. Tqvm.

    ReplyDelete
  8. isu qadho ini para ulama 4 mazhab dah bincang lama dah.Maka rujuklah kitab kitab feqah sebelum menulis kerana kita bukan ulama untuk keluar hukum baru.

    Berbalik kepada masalah Qadho solat ni..imam Syafie dah bagi panduan iaitu:

    1.Jika solat suboh terlewat@lewat bangun(tidak sengaja) hingga habis waktu maka kita boleh qadho bila ada masa lapang...contoh pada waktu zohor dll

    2. jika solat suboh lewat sebab sengaja bangun lewat..contoh sedar jam 6 pagi tapi tido balik sebab nak solat jam 6.30pagi tapi terlajak sampai jam 7.30pagi maka orang seperti ini kena qadho terus bial sedar..Haram tangguh ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan