Mencari sesuatu?

Monday 29 November 2010

Diskusi:Tidur, Tahukah Anda??

بسم الله الرحمن الرحم
Yang Menguasai Langit,
empunya matahari dan bulan,
jadikanlah waktu2 itu,
berguna dan bermanfaat,
seakrang dan akan datang.

Tidur-Aah nikmatnya
Antara banyak-banyak aktiviti dlm kehidupan seharian manusia
ramai yg mengaku yg tidur adalah yg paling digemari ramai. mau
tidak, siao berdengkur-dengkur2, siap ada baju khas untuk tidur,
ada bantal dan selimut khas untuk tidur, dan ada lagu2 khas untuk
tidur. Dan kepada penggemar mimpi2 indah inilah masanya.

Tapi ada jugak spesis yg xsuka tidur, kadang2 berjaga sampai tengah
malam, pagi2 buta, baru nak lelap mata, itupon 'terpaksa' hahah..
ni la spesis2 manusia aktif mlm mcm musang ngan burung hantu,
smuanya penangan Fb ngan Blog (haha mcm terkena kat diri sendiri)

Awas:Tidur selepas subuh
Akibat bahana tidur lewat, bermain game, fb dan blog, selalunya
spesis2 aktif mlm ini akan terus tidur selepas solat subuh
(lagi teruk xbangun2 subuh langsung).OOppss...sebelum sambung tidur
tahu x apa kesannya??


Hukum Tidur Selepas Waktu Subuh :

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya
berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh.Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.
'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Sedangkan Burung pon mencari rezeki di waktu pagi, siput pon dah start cari makanan, xkan la kita yg mukallaf ni boleh pulak bermalas-malasan.

Awas:Tidur selepas asar
ni selalunya terjadi kepada yg penat bekerja, dan kadang2 student university @ mna yg kelas sampai petang
mesti akan melabuhkan tirai dunianya di katil. oooppss..sekejap, tahu x bahana tidur lepas asar
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

Mengatuknya...!!!
Awas:Tidur waktu Khutbah Jumaat
Pegh..khutbah panjang, udara nyaman, kalo tidur ni masyuk...!!!
mungkin ini antara dialog jemaah2 ketika waktu solat jumaat, tp ketahuilah walaupun xsalah tidur ketika khutbah (solat jumaatnya tetap sah) namun ianya satu perbuatan yg patut dikesali.

Namun satu perkara perlu diambil berat adalah, engenai status wudhuk orang yg tidur ni??mcm mna la gamaknya,
Dalil bahawa tidur itu membatalkan shalat adalah hadits berikut ini:

مَنْ نَامَ فَلْيَتَوَضَّأ -رواه أبو داود وابن ماجة.
Siapa yang tidur maka hendaklah dia berwudhu’ (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Namun para ulama mengatakan bahawa tidak semua bentuk tidur akan membatalkan wudhu’. Ada beberapa kriteria yang berbeza, di mana tidak selamanya tidur itu membuat batal wudhu’.
Tidur yang membatalkan wudhu adalah tidur yang membuat hilangnya kesedaran seseorang. Termasuk juga tidur dengan berbaring atau bersandar pada dinding.
Sedangkan tidur sambil duduk yang tidak bersandar kecuali pada tubuhnya sendiri, tidak termasuk yang membatalkan wudhu’ sebagaimana hadits berikut:

عَنْ أَنَسٍ رَضي الله عنه قاَلَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهsيَنَامُونَ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلاَ يَتَوَضَّؤُنَ – رواه مسلم – وزاد أبو داود: حَتَّى تَخْفَق رُؤُسُهُم وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ

Dari Anas ra berkata bahawa para shahabat Rasulullah SAW tidur kemudian shalat tanpa berwudhu’ (HR Muslim) – Abu Daud menambahkan: Hingga kepala mereka terkulai dan itu terjadi di masa Rasulullah SAW.

Awas:Tidur Meniarap
Tidur meniarap antara kebiasaan manusia, sbb tidur meniarap ini antara yg paling selesa, tambah2 pula tilam empuk..peghh!!..terbaik la..tp tau x apa hukumnya??

Ya, sememangnya ada. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Dakhfah bin Qais al-Ghifari ( ضخفة بن قيس الغفاري) yang menceritakan beliau pernah tidur meniarap di dalam masjid nabi s.a.w. Lalu baginda datang mengg...erakkan beliau seraya berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya tidur dengan meniarap ini dimurkai oleh Allah."

Dalam riwayat Ibn Majah pula, Nabi s.a.w. bersabda: "Hanyasanya ini adalah keadaan meniarap ahli neraka."

Hukum Hadith

Ulama berbeza pandangan tentang hukum hadith ini. Sebahagian kata Sahih seperti Ahmad Syakir dan al-Albani. Manakala sebahagian yg lain kata Dhaif seperti al-Imam al-BUkhari, al-Daraqutni, Ibn Abi Hatim dan Ibn Rejab.

Wallahu a'lam, al-Syeikh 'Abdul 'Aziz Abdillah bin Baz berpendapat hukum tidur meniarap sekurang-kurangnya adalah makruh yang bersangatan. Maka sewajarnya dijauhi, disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudharat.

Penutup: Doa Jangan dilupakan
haha..ini perkara yang selalu dilupakan ummat, Doa sebelum tidur dan bangun tidur. Jom kita baca bersama2

• Sebelum Tidur :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
 
• Sesudah Bangun Tidur :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit.

rujukan:
  1. http://wearetheslave.blogspot.com
  2. http://bin-sahak.blogspot.com/2010/10/hukum-tidur-meniarap.html 
  3. http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/30/tidur-waktu-khutbah-jumaat/ 
  4. http://agusw.penamedia.com/2005/04/07/doa-sebelum-tidur-dan-doa-sesudah-bangun-tidur/comment-page-1/ 

P/s: Tidur2 juga, jgn sampai terlupa nak solat~~wallahualam
 

2 comments:

  1. input yg bgosss..:)
    thnxx acap..:)
    insyaALLAH..akan ku amalkan..

    ReplyDelete
  2. @Nur Ezzatul Aqmar Arbain Syukran..sekadar menyampaikan apa yg dibaca, ilmu masih sedikit, sama2 kita beramal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan