Mencari sesuatu?

Sunday 23 January 2011

Diari: Bila jumpa Idola...


Haritu masa tengah blog walking kat blog akh Hami Asraff terbaca satu entri pasai dia ada jumpak dengan IM Asyraf,[Klik sini]Dalam hati terasa, "ISH!!dengkinya...dia dapat jumpak IM la" lalu dalam hati sy, sy tanamkan sedalam-dalamnya, InsyaAllah, kalau Allah izinkan aku jumpak idola aku tu, maka Allah pekenankan.


~~~~
sewaktu jadi panel undangan, menguji finalis2

Terkesima terkejut
hari ni (22 januari 2011) adalah final pertandingan pencarian murabbi di UPSI (uni saya..hehe). Dan dengar cerita IM Asyraf dan Hizbur adalah jemputan khas pada malam tu..sebenarnya sy xtau pula yang pertandingan tu akan jemput IM Asyraf dan Hizbur sebagai panel jemputan, sbb dalam flyer yang saya baca, hanya tulis penampilan istimewa finalis Imam Muda. Subhanallah~~ Allah mendengar hati saya berbicara.


Malam tu, sy dengan kawan2 bersembang2 la, planning nak datang malam final nanti, niat dalam hati berbelah bahagi, aku pergi final pencarian murabbi ni nak dapatkan input@ilmu daripada pertandingan ni atau aku nak jumpak idola aku??hati aku tak tahu antara dua (dah macam tajuk lagu plak). masa tu kami betul2 dekat pentas utama lokasi kat mna final murabbi berlangsung (sbb dekat dgn kafe kami makan malam) dalam hati tertanya, kalo aku lambat xdapat tempat, xdapat aa aku nak tgk IM dari jarak dekat. nnt program dah start aku xsempat nak tgk dari awal..aduh3..padahal waktu tu dah masuk waktu isyak. Nak solat dulu or nak stay ja...dalam hati berbelah bahagi lagi sekali.


Sokongan Moral+misi impossible 
Jam dah 8.40 mlm, kalau sy xbuat keputusan samada nak gi solat dulu or stay, maka sy akan jadi gila...aagghhh...so dalam hati nak xnak saya pon balik la..alhamdulillah sempat solat jemaah dekat surau. kebetulan pula kamera sy tertinggal dekat dlam bilik. so lepas solat tu sy balik. 
Masa pergi tu dalam hati cakap, xpa la..xdapat jumpak pon xpa..asalkan aku dapat input dari majlis, kebetulan rakan serumah jadi finalis masa tu, so niat sy nak pergi dengar murabbi muda ni bagi ceramah dan gi sokong sahabat sy, bg semangat sket..hehe
saiful, faisal dan wan,3 sahabat sy mewakili kolej KAB


tapi Allah tu memang maha penyayang, walaupon dalam hati dah serender mcm xdak harapan nak jumpak IM tapi masa sy datang tu (sy ingat sy dah lambat dah) rupa2nya ada tempat kosong khas untuk sy (haha perasan, padah mmg tempat tuk lelaki kosong agi) jadi sy dengan sorang kawan pon gi la duduk, terkezut gak sbb posisi kerusi sy tu dekat sgt dgn kerusi IM..hahah rezeki Allah.
dari kejauhan...


IM dah datang, tp sy yang nerves, bukan peserta finalis yg cuak..hahah xbleh blah langsung, tp betulla orang cakap, duduk dalam majlis ilmu ni, terasa aman..tenteram ja..walaupun time tu sesak ngan manusia. bila majlis mula, kawan saya cakap kat sy, kau xnak pegi amik gambar IM ka, dah dekat dah tu, dlm hati cakap pegh segan weh..hehe, tp Allah bagi kekuatan kat sy, bukan satu ja gambaq sy amik, dekat berpuluh2 gambaq depa ja sy amik (punya excited kan..hehe) sampai sy ni dah jadi sebahagian dari krew kamera man yang beratur depan pentas tu (padahal xdak kena mngenapon). jadi saya pun dengan selambanya snap sana...snap sini, semua orang sy amik gambar,
ke 2 misi pencarian murabbi UPSI


Alhamdulillah, sahabat sy yang jadi finalis murabbi UPSI ni dapat tempat kedua, bila sy tya pa perasaan dia, subhanallah, dia cakap, gementar tak payah bagitau, sampai nak luruh jantung, tp bila mula bismillah dan niat bukan kerana pertandingan, hati pasrah dan berhujah kerana mahu sampaikan ilmu kepada semua orang yang hadir (jawapan pun dah mcm finalis imam muda kat astro..hehe) tapi mmg dia terbaik, tetapi ada yang lagi baik.


dan habis sudah program, mmg sengit la, kalau sy yg masuk pencarian murabbi ni, baru temuduga dah tersingkir..hihi, but finalis-finalis ni mmg terbaik, merekalah pewaris ilmu rasulullah, penyambung mata-mata rantai dakwah islamah di UPSI, insyaAllah, so dah habis program, apa yg sy buat?? misi bergambar bermula!!!


MISI bermula...
sapa yang nak bergambar dengan IM sy yang tangkapkan, klik!!..klik!! dan tiba giliran sy, eerr...IM asyraf penuh, xpa la IM Hizbur ada, dia pon Ulama muda jugak,one snap please!! klik!! sekarang target IM asyraf..SERANG!!! hehe sy nak cerita kronologi nak dapatkan gambar ngan IM asyraf
IM hizbur, juga menjadi icon ikutan sy


#1tangkap gambar kawan dulu baru turn sy bergambar,alhamdulillah flash memancar2 dari kamera sy, tp sedeynya..flash ja keluar, tp gambar xsnap pon...dah la gambar 1 by one..tp xpa la mungkin time tu sy tamak sangat kan..potong line orang..(padan muka aku!!)
teman sebelah time program berlangsung


#2 kat atas pentas plak..sanggup buat muka xmalu nih naik pentas semata nak jumpak idol, tp sayang dapat snap tapi pencahayaan xbaik..so xhapa2 jadik kat gambaq sy tu..nampak gigi ja...adeh3...
gambar xjadi..sedey betul...


#3 muka dah tebal nak mati dah ni..tapi demi sekeping gambar kenangan, sanggup buat muka xmalu (sebab IM asyraf mana kenai sy..hehe so xkesah la) snap..kali ni ok..tapi~~~ ntah la xpuas hati sket..dalam hati kata nak lagi..sekali ja lagi...please~~
nasib baik dapat peluang, muka dah merah dah tu,segan byk kali:P


#4 dah segan sampai guling2 dah ni, so sy tangkap gambaq kawan ja la sbb dia pon minat kat IM gak..mentang2 satu negeri,..xpa2..kawan punya pasai..snap!!!
kawan sy pon nak, snap demi kawan...


apa-apa pun, sy bukan nak cerita pasai susah payah sy nak bergambar tapi, sy nak ceritakan bahawa, bila seseorang itu penuh ilmu didada, disulam pula dengan taqwa kepada khaliqnya, maka keseluruhan jiwanya akan terpandu, seluruh amalnya akan mengawal tingkahlaku.


Penutup:ILMU penyuluh JIWA



masa IM Hizbur dan Asyraf buat persembahan, mmg menyentuh kalbu, mereka persembahkan kisah bagaimana nabi berusaha di jalan dakwah, jerih perit nabi dalam menyampaikan risalah Allah kepada ummatnya, bagaimana dahulu Nabi dan para sahabat berdakwah dengan peluh dan darah, subhanallah. namun mereka tidak sekali-kali pun berkata mereka cukup mulia untuk disanjung. dan IM membandingkan dengan zaman kini yang kehidupannya mudah tetapi dakwah tidak berjalan, nama pula yang dibangga2kan..nauzubillah


teringat kalimat yang selalu dikatakan sahabat sy, "jika kita rasa perjuangan di jalan Allah ini senang, pasti ramai yang akan melakukannya, tetapi ingatlah, jalan dakwah tak ada kesenangan, pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran."


dan betul la kata orang, bila berdamping dengan orang yang berilmu, hati rasa tenteram, jiwa rasa gembira, walaupun hanya bercakap seketika, tertarik bila mendengar mereka berhujah, tambahan pula dalam usia belia sudah mempunyai satu kekuatan dalam menyambung mata2 rantai perjuangan islam, subhanallah, semoga mereka yang sy anggap sebagai idola itu, sy jadikan Iktibar dan pedoman untuk diri ini.~~wallahualam



4 comments:

  1. wahhhh..
    bestnyerrr..
    msti tngu smpai abz niee..:)

    ReplyDelete
  2. @Nur Ezzatul Aqmar Arbain Alhamdulillah, banyak input yg dapat mlm tu...

    ReplyDelete
  3. wahhh...mencabar btol..tp apa2 pon tahniah sbb dpt jgk akhirny bgmbr dgn idola sndri...heheh..bla lah gilirn sy plk..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan