Mencari sesuatu?

Wednesday 5 January 2011

Kongsi:Menangislah wahai manusia!

 

سم الله الرحمن الرحم 
Dengan Nama Allah,
yang menjadikan sesuatu,
ada hikmah dan kebaikan,
walaupun dipandang nampak hina,
namun kebaikannya mengatasi kehinaan itu.

Menangis?Perlukah?
Bila seorang manusia itu menangis, perspektif pertama yang terlintas daripada mata masyarakat adalah, "dia tu lembik, lemah.bla..bla.." tapi tahu x sahabat2 sekalian, orang yang tidak boleh menangis ni yang rugi, mereka cemburu la tu, sbb hati mereka dah keras membatu. tanda seseorang yang hatinya dah keras adalah salah satunya adalah sukar untuk menitiskan air mata.


Sahabat2 tahu x, selain daripada dapat meredakan tekanan dalam perasaan ni @ menzahirkan perasaan samada gembira tau sedih, menagis ni jugak banyak kelebihannya. YUP!!! betoi la..ingat memain ka??Ketahuilah Allah tidak pernah mensia-siakan sesuatu kejadian. dan dijadikan air mata yang mengalir dari mata yang berkaca itu banyak kelebihan. antaranya (dipetik daripada Note sorang sahabat Muhammad Asyraf Mohd )

7 Kelebihan Menitiskan air mata

1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.


Menangislah wahai pemilik hati
sekali lagi, menangis dikaitkan kepada seseorang yang lemah, terutama bila seorang lelaki yang menangis, dan istilah yang akan diberikan adalah DONUT!!kuang hajau orang tu..tp sahabat2 tahu tak dalam solat , kita juga dianjurkan menangis, tetapi menangis kerana takutkan kepada Allah sahaja.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."
(Surah Maryam: Ayat 58).

Abdullah bin Syikir katanya bermaksud:
"Aku melihat Rasulullah S.A.W. mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek."(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaei dan Tarmizi).

Namun begitu, menangis dalam solat itu ada batasannya, Jangan lah sampai menganggu khusyuk jemaah lain. dan jangan menangis sehingga terkeluar perkataan ketika solat pula.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Solat ini tidak boleh dimasuki oleh apa-apa daripada percakapan manusia. Ia hanyalah tasbih dan takbir dan bacaan al-Quran."(Riwayat Muslim).
Dalam doa dan solat pula, kita juga dianjurkan untuk menangis'

Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
“Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)
Penutup:Menangis dan ditangisi.
Air mata ini jangan lah ditumpahkan kepada tempat yang tidak berkenaan, kerana jika salah tempat menangis, setiap titisan itu tidak diambil kira Oleh Allah untuk dijadikan bukti. Lalu menagislah kepada Allah semata2 kerana takut akan Azab dan siksaan di akhirat kelak. Biar kit amenagis didunia kerana takut kepadaNya, jangan kita menagis kerana terkena AZABNya diaakhirat kelak. Lembutkan hati sebelum kita ditangisi kerana pemergian kita buat selamanya.

Rujukan:
  1. http://ana7atiqah.blogspot.com/2010/11/menangis-dalam-solat.html 
  2. http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/108/Adab-membaca-al-Quran 
  3. http://rahsiarezeki.wordpress.com/adab-berdoa/ 
 

3 comments:

  1. nice entry =)..adakala kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar utk ketawa...

    ReplyDelete
  2. @ms. hannaTQ2..gelak banayk didunia, menangis banyak di akhirat dan sebaliknya..seimbangkan antara sedih dan gembira, supaya xada kesukaran dlm jiwa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan