Mencari sesuatu?

Saturday 4 December 2010

Diskusi:Lewatkanlah solat...Adakah Syurga Milik Kamu?


سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah
Yang Menguasai ruang waktu,
Juga Amal Ibadahku
Selarikanlah ibadah dan waktu,
Agar aku bersegera menunaikannya.

Lewat Solat?? Kenapa??
Walau azam bergema, sampai perit tekak tok imam melaungkanya,tapi masih ada juga yang tidak perasan yang waktu solat sudah masuk. Walau jelas2 waktu solat sudah masuk, jam sudah melewati waktunya, matahari sudah menunjukkan tanda-tanda, Ada juga yang tidak tahu yang waktu solat sudah lama menunggunya. Agak-agak apalah alasannya eekk???

"uuiishh..tadi aku sibuk buat kerja la, takut nnt xsiap pula," (uuisshh sebuknya dia..)
"biar la aku main game sampai abis dulu, nnt xkhusyuk pula solat aku" (ialah tu..)
"ala lambat lagi nak abis waktu, sempat lagi kalo aku tidur pon"(nnt terlajak mcm mna??)
"aaahhh lantak la...aku pya pasai la nak solat bila pon" (mak aih...sempoi gila alasan kau..iishh)

Rasanya inilah antara alasan yang diberikan, kadang2 dengar alasan, wah bukan main bernas lagi, tapi tahu x kita, apakah hukumnya sengaja, sy ulang sekali lagi SENGAJA, sy boldkan pula SENGAJA. Sbb apa sy buat begini, kerana ramai yang salah tafsir mengenai kelepasan untuk solat lewat. Nauzubillah...

Solat Lewat, Apa Hukumnya. 
Mengenai istilah lewat ini, para ulama membincangkan kepada dua iaitu, melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut(melakukan solat diluar waktunya contoh solat zohor pada waktu azar) dan lewat solat tetapi masih berada dalam waktunya.

Jika Melewatkan solat (tidak solat pada waktunya) dengan sengaja (tanpa sebab2 yg dibenarkan syarak), hukumnya adalah HARAM. 
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [al-Nisa' : 103] .

Dan Melewatkan Solat namun masih didalam waktunya, Tidaklah jatuh hukumnya haram kerana nabi pernah ditanyakan mengenai waktu solat seorang sahabat, dan baginda menjelaskan waktu AWAL dan waktu AKHIR solat, dan baginda bersabda :- "Waktunya adalah antara dua ini" (الْوَقْتُ بَيْنَ هَذَيْنِ ) [Hadith Riwayat Muslim #614].

Namun begitu, bukanlah alasan untuk kita SENGAJA melewatkan solat kerana
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pada suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang lebih utama? Baginda SAW menjawab: Solat tepat pada waktunya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


  Natijah Melewatkan solat.
Berdasarkan beberapa hadis sohih, kebanyakannya adalah mengenai azab yang pedih,
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".(Riwayat Al-Hakim)
Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia mengqadanya kelak) akan dimasukkan ke dalam neraka selama satu `uqub (80 tahun akhirat)”.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah pernah menjelaskan ketika ditanya mengenai orang yang papa. Sabda Baginda bermaksud: “Seorang yang papa itu ialah mereka yang melengah-lengahkan solatnya.”

Orang yang melengah-lengahkan solatnya, tangannya akan diikat sementara malaikat akan memukul muka dan belakangnya.

“Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya, sujudnya dan khusyuk, maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah SWT menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah SWT mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah SWT, iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.”(Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)


Haiya Ala solah, haiya Ala falah
Jika kita hayati kalimah ini semasa azan sayup2 memanggil ummat islam agar mendirikan solat, tok bilal juga mengajak kita agar menuju kejaaan, aiikk mna satu ni nak solat ka nak berjuang menuju kejayaan, ish2... cekik gak karang bdk nih..adeh3!!

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).

Bukankah itu stau kejayaan?? nak lagi?? sekejap eekk
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mukminun yang bermaksud :

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang berhak mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah al-Mukminun, ayat 8-11)
BUkankah itu pun stau kejayaan, Cukuplah dengan reezeki yang Allah bagi itu, tidakkah kita rasa malu, Allah memberikan kita rahmat yang banyak, tetapi kita mempermainkan urusanNya, Menidakkan suruhanNya, hey..hey.!! siapalah kamu, siapalah aku?? HAMBA ja...jika kamu rasa kamu HAMBA Allah, maka bersegeralah melakukan apa yang disuruhnya.
Penutup: Islam Itu Indah
Ketahuilah setiap yang ditentukan bukanlah memberatkan ummat sialm apatah lagi menyiksa ummat uti sendiri, tetapi Allah meletakkan segala kejadian, perintah dan suruhan itu, ada hikmahnya, tidaklah dijadikan kamu itu sia-sia.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Surah A-li ’Imraan: 191)
   .
solatlah selagi masih ada waktu, Kerana Mati tidak pernah memberitahu kedatangannya,

Rujukan;
  1. http://egtanta.blogspot.com/2008/08/melengahkan-solat.html
  2. http://hosmu.blogsome.com/2006/02/10/lembah-dipenuhi-ular-gemuk-menanti-jika-lewatkan-solat/
  3. http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/hukum-melengah-lengahkan-solat.html
  4. http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=797&rowstart=0
Abg Man Cakap: Yang membezakan kita dengan Kafir laknatullah adalah SOLAT kita. Solat kita berjemaah, awal waktu, berserah diri kepada Allah. Jadi xlogik la kalu kita yang mengaku memperjuanglan islam, tapi kitia gagal berjuang dalam menguruskan waktu solat kita. Kekuatan islam ada pada solatnya, ingat!! Nasihat untuk diri sendiri juga...



2 comments:

  1. Huhuhu...
    Saya selalu melengah-lengahkan solat...
    Kat asrama rasa seronok solat awal waktu...
    Bila kat rumah, rasa malas pula nak sembahyang awal... Apa nak jadi dgn saya ni...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. @Bellasama2 kita berusaha sebaik mungkin untuk berubah..insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan