Mencari sesuatu?

Saturday 25 December 2010

Kongsi:Was-Was, Penyakit dan Rawatan


سم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah,
Yakinkan HAti hati ini,
Dalam membuat sesuatu keputusan,
Yakinkan atas keimanan,
Bukan atas bisikan syaitan.

Awas Was-Was
Jangan gelak, bukan nak tulis cerita lawak, tp mengenai was-was, penyakit yg berbahaya,  jika serius penyakit ini, mengundang banyak bahaya kepada diri dan kehidupan. Apa tu was-was?? Sejenis alat samak (itu tawas la..) sejenis binatang (itu mawas la...) papan tanda amaran??(iishh..itu awas!!) Jadi apa itu was-was??

Was-was ni sejenis penyakit perasaan, xada kaitan mengenai cinta dan kasih sayang, tapi satu perasaan ragu-ragu atas sesuatu. Ia menyukarkan individu untuk membuat keputusan dan jika parah, menyebabkan hidup tidak tenteram dan tidak aman. Sehingga lahir rasa gugup, gementar, takut. dan....(xboleh bayangkan...)

Selalunya yang palin teruk terjejas bila datang was-was adalah masa amik wudhuk dan solat. Ya Allah mcm la time tu..itu xkena, itu xbetol...aduh..dugaan betol...

Punca Was-was
Menurut setengah ahli yang menkaji, was-was ini wujud atas rasa ketidak yakinan atas diri sendiri. atau dengan kata lain kurang motivasi, takut gagal, terlalu banyak berfikir ponboleh jadik jugak. Tetapi jika kita amati betul2. para ilmuan dan alim menyatakan ini adalah bisikan halus dari syaitan. kAdang-kadang bukannya kita tidak tahu apa yg patut kita buat, tetapi ya lah..ni si Halus ni yg membisikkan ke telinga kita.


dalam Alquran bermaksud:
"Dari  kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan syaitan) AnNas ayat 4-6
 ini dikuatkan lagi dengan sumpah si syaitan dihadapan Allah untuk menghasut seluruh manusia ke arah kebatilan dan kerosakan. Para Nabi juga tidak terlepas daripada bisikan syaitan (merasa ragu-ragu)ini . Namun dengan keimanan yang kuat kepada Allah, mereka berjaya mengawal dan mengurai kekusutan yang mereka alami, Mengadu dengan Allah.

Cara Berlindung darinya?
Ada banyak caranya, disini, sy ambil dari sebuah buku yg sy terjumpa dan sempat baca.
  1. Membaca Surah AnNas setiap kali sebelum melakukan sesuatu.
  2. Membaca 3 Qul (surah AnNas, AlFalaq dan Al Ikhlas)
    • Sabda Rasulullah SAW "Bacalah surah-surah (AnNas, AlFalaq dan AlIkhlas) tiga kali apabila waktu pagi. Dan tiga kali pada waktu petang, Supaya engkau terpelihara dan terselamat daripada segala bahaya dan bencana (H.R Muslim)
  3. Membaca ayat 82 surah Taha, ayat 6 surah Hud, Ayat 128 Surah alA'raf, ayat 54 surah Saba.
  4. Membaca ayat 4 surah Al-A'raf\
  5. Sentiasa Berzikir (dengan zikir dapat menghalang bisikan syaitan daripada sampai ke hati,)
  6. Takutkan Allah semata-mata.
Kalau ikutkan dlam kitab2 agama ada banyak lagi, tapi ini yg sy jumpak dalam buku yang sy baca. dan saya rasa moleh rasanya sy berkongsi dengan sahabat2.
Penutup: Berlindung denganNya
Setiap apa yang kita lakukan mestilah bergantung kepadaNya kerana Dia yang menguasai apa yg berlaku samada secara sedar atau tidak, tidak guna kita baca seluruh Quran sekalipon tetapi kita tidak yakin yang Allah yang memberikan perlindungan, adakah itu kamu akan dilindungi?? kamu masih takut akan jin dan syaitan tetapi kamu masih mengharapkan kamu terhindar daripada makhluk jahat itu. Sedangkan Allah maha beri pelindungan.wallahualam

Abg Man: Sama-sama kita bergantung kepada Allah semata, yakin dengan Apa yang kita buat. kalau xyakin jugak, berlatih supaya mempercayakan diri sendiri, Agar sifat was-was tu sedikit demi sediki terhakis.


3 comments:

  1. Terimakasih atas ilmu yang dikongsikan. Jazakallahukhairan.:)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info!!very helpful

    ReplyDelete
  3. cuba penawar was-was dan rasai kesannya serta merta. bebaskan diri dari was was
    http://rawatwaswas.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Kepada Rakan